Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
ALHAMDULILLAH..
Masih diberi nikmat hidup, masih diberi nikmat Islam & Iman, masih diberi nikmat sihat dr NYA..
Meneruskan pembacaan buku "Aku Terima Nikahnya" penulisan Ustaz Hasrizal..
SubhanaALLAH banyak ilmu bnyak 'ibrah yg dikongsi drnya..
Terima kasih Ustaz! ^^,
Mengenai post entry kali ni..yup berkaitan dgn sedikit sebanyak dr penulisan Ustaz Hasrizal..
iaitu tentang sifat Pemalu
Pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh.
Ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. Malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam.
Allahu Allah..tengok sahabat2..
Allah tidak mencipta sesuatu tanpa ada hikmahkn??
Tengok dari penciptaan pohon semalu kita boleh ambil 'ibrah drnya..terutamanya buat kaum HAWA
SubhanaALLAH.. HebatNYA DIA!
Meh sini saya nak kongsikan sikit kisah pohon semalu ni di zaman Baginda Rasulullah S.A.W
Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w
berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya
mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon
semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup
dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
p/s: Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
p/s: Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment