Wednesday, July 27, 2011

..::HiDuP KiTa::..

Dengan Nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG..


‎"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.
Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.
Tanya balik diri sendiri... adakah cukup bekalan yang akan mengiringi pergi nanti??
Ya Allah berikan lah petunjuk kepada kami agar kami tidak sesat buat selama2nya!!

Monday, July 25, 2011

Yg Tertutup itu Lebih Indah

Bismillahhirrahmanirrahim...


Berita GEMBIRA buat para muslimat yg X SUKA BERTUDUNG : Ada Ustaz bagitahu, bahawasanya Islam TIDAK MEWAJIBKAN pun anda utk bertudung. Tapi Islam mewajibkan kita SEMUA untuk MENUTUP AURAT !!! Tak kesahlah nak pakai LANGSIR ka, SELIMUT ka, KARPET atau TUDUNG SAJI sekalipon ! “Islam itu mudah, janganlah kita menyukarkannya” 

“Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua. Kami berlindung kepadaMu dari setiap rasa takut yang datang, hanya kepadaMu kami bersandar dan bertawakal, hanya kepadaMu kami memohon, dan hanya dariMu lah semua pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai 
pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong”

Ameen~~ ^^,

Sunday, July 24, 2011

..::8 SeBaB waNitA cAntiK BerTudunG::..

Bismillahirrahmanirrahim...
meh2 kita selongkar rahsia kecantikan wanita bertudung..~ngee


(✿◠‿◠) Tuntutan agama

●❤● Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Mengurangkan dosa

●❤● Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih pintar dan tenang

●❤● Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Tidak membazir

●❤●Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampu, pewarna rambut yang mahal atau pergi ke salun.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih sopan dan manis

●❤● Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi wanita2 nie ada value added sebenarnya)

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Rambut lebih tahan lama dan sihat

●❤● Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampu pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia yang merosakkan.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Menjadikan diri anda “Mahal”

●❤● Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya yang tinggi di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

*•.¸¸.•**•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

(✿◠‿◠) Lebih dihormati

●❤● Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi..

InsyaAllah,Amin ya Allah..Jom sama2 kita bertudung dengan SEMPURNA!!!^__^

Sunday, July 17, 2011

..:: Aku IngiN BaHaGiA ::..

Dengan Nama ALLAH yg MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.

Ya ALLAH ak masih tercari2 kebahagiaan itu..
Ak bukan insan yg baik..
Ak juga bukan insan yg sempurna..

Sungguh kdg2 ak terasa penat dlm b'juang..
Tp ak nekad.. ak hambaNYA.. ak x boleh penat dlm p'juangan mncari redhaNYA..

Ak merindui taman2 syurgaNYA..
Ak merindui suatu ketika dahulu...
Ya ALLAH kau titipkanlah istiqamah dlm driku..
Ak ingin mnjd hambaMU yg dredhai..

Sungguh kdg2 ak t'lalai dlm mengingatiMU..
Sedih dgn dri sendri..
Ak menadah tanganku ke langit..
memohon hidayahMu ya Rabb
Kau sedarkanlh hambaMU yg dhaif ini..
Ak ingin menjadi ak yg dahulu..
 Ak ingin mnjd setabah hambaMu Maryam..
Ak ingin menjdi sekuat pembela agamaMu Sumaiyyah..

Ya ALLAH jgn Kau hilangkan nikmat ISLAM & IMAN dalam driku..

kdg2 ak termenung sendiri


ak ingin kuat, ak ingin tabah, ak ingin menjd hamba yg t'baik buat diriMU..
mlm NISFU SYAABAN..DIA menyentuh hatiku..
DIA melapangkan jiwaku.. DIA mengizinkan ak merasa nikmat iman, islam & hidup..
Ya ALLAH ak ingin menjdi hebat sprti bidadari syurgaMU..
layakkah ak??

Sungguh ak suka melihat org sekelilingku...
Mereka b'jiwa besar...T'pancar nur d raut wjah mereka..
Ya ALLAH kau telah hadirkn seorg insan utk menyentuh hatiku..
Mengingatkan ku..ak punya PENCIPTA..
penulisannya menyentuh jiwaku..
Terima kasih Ya ALLAH kau juga telah hadirkan seorng ****** yg LUAR BIASA
juga utk menyentuh hatiku utk meletakkn cintaku hanya pada YG SATU..

‎"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174



Bukan semua benda kita mampu luahkan,
sebab, pada ketidakmampuan itu,
kita ada Allah untuk memahami segala apa yang tidak terluah tu, :)
Forever I thank Allah, inshaAllah...


Saturday, July 16, 2011

..:: Dia BeRuBaH ::..

Ak sedih melihat dia berubah..

\
sahabat yg 1 masa dhulu b'kongsi segala crita..

sahabt yg dlu kuat m'beri kta2 smgt buat driku..

sahabat yg dhulu sma2 m'tarbiyah driku b'juang di jlnMU..

sungguh ak rindu dia..


Sesungguhnya di jalan ALLAH,prsahabatan ini bukan milik ku..bukan jua milik mu..
tapi prsahabatan ini adalah rahsia ALLAH yg telah menemukan kita sbg sahabat yg brukhuwah krn ALLAH smata2..
moga ALLAH mmberkati dan merahmati rantaian ukhuwah prsahabatan yg terjalin ini,amin..bertemu berpisah hanya kerana ALLAH..

Ak memohon ALLAH p'baiki lah hubungan kami..

Amin~ 

Thursday, July 7, 2011

~saBar itu iNdah~

Assalammualaikum w.b.t readers...


SubhanaALLAH ak b'syukur dgn ujian Mu...
Terima kasih Ya ALLAH krna Engkau telah mengujiku di saat ak sdg mngecapi kbahgiaan..
Kau tlh mengingatkn ak bhwa ak puya Sang Pencipta..untuk ak b'syukur dan memohon..
Disaat ak diuji jga.. Kau ingtkn ak dgn dosa2 laluku...
Ak percaya semua ujian yg Kau berikan pnya hikmah buat driku...
& juga tarbiyyah untukku...

Usahlah bcerita pnjg ttg semua itu..jgn kerana ujian yg sdkit itu kau nk mengeluh...
Ak cuma nk engtkn anda2 semua t'masuklh driku.. laluilah ujian yg dberikn dgn sabar...
hee~~ ckp ttg sabar.. meh cni nk cqhita cket..
smlm disaat ujian itu b'timpa2 dikala kaki sdg melangkah mengembara b'seorgn..
t'detik kt aty ni nk beli buku SOLUSI..
suratan @ kebetulan buku tu ad kisah ttg SABAR dlm m'hadpi mehnah kehidupan..


~sumber : SOLUSI isu no.31~

Berbaloinya kta berSABAR...

1- Sumber kejayaan


Sepertimana firman ALLAH s.w.t dalam surah ali- Imran (3:200)
" Hai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan ttetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) & bertakwalah kepada ALLAH, supaya kamu beruntung."

2. Ganjaran berganda bagi mereka yg bersabar


"Mereka itu diberi pahal dua kali disebabkan kesabaran mereka." (surah al-Qasas 28:54)

" Sesungguhnya hanya org yg bersabar dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (surah al-Zumar 39:10)

3. Kepimpinan & keyakinan milik penyabar

Sepertimana firman Allah s.w.t dlm surah as-Sajdah (32:24)
" Dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin2 yg memberi petunjuk dgn perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami."



4. Golongan yg bersama-sama Allah.


"Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yg bersabar" ~ surah al-Baqarah (2:153) ~


5. Salah satu cara memohon pertolongan daripada ALLAH

" Hai org2 yg beriman, jdkanlah sabar & solat sbg penolongmu." ~ Surah al-Baqara (2:53) ~


6. Beroleh maghfirah


Sepertimana firman Allah dalam surah Hud (11:11) ..
"Kecuali org yg sabar (terhadap bencana) & mengerjakan amal2 soleh, mereka itu beroleh keampunan & pahala yang besar"

7. Disukai Allah

"Bersabarlah! sesungguhnya Allah beserta dengan org yang sabar" ~ surah al-Anfal (8:46) ~


8. Dipuji oleh Allah

"Sesungguhnya kami dapati dia (Ayyub) seorg yg sabar. Dialah sebaik-baik hamba" ~surah Sad (38:44)~


Selamat Beramal (^^,)



Tuesday, July 5, 2011

...:::MeNaNgiS:::..


Dengan Nama ALLAH Yg MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG


Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah.

Bilakah tangisan ini membawa erti kekuatan dan kehebatan?

1. Menangis kerana rasa cinta dan takut kepada Allah
2. Menangis kerana menginsafi kelemahan diri dan ahli keluarga dan berusaha untuk memperbaikinya.
3. Menangis apabila melihat saudara seaqidah dizalimi dan berusaha untuk membantu.
4. Menangis apabila melihat tatasusila umat Islam yang telah melampau.
5. Menangis kerana berasa syukur dengan rahmat Allah yang terlalu banyak walaupun dirinya ditimpa bencana
6. Menangis kerana menyesali dosa dan menyedari kesilapannya
7. Menangis apabila dia menemui kebenaran setelah sekian lama hanyut di dalam kesesatan.

Tangisan-tangisan ini adalah kehebatan kerana orang yang menitiskan air matanya kerana Allah, adalah orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan taqwanya seperti yang ditunjukkan melalui sabda Rasulullah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,

"Tidak akan masuk neraka seorang laki-laki yang menangis kerana takut pada Allah Swt. sehingga air susu kembali masuk ke dalam puting..." (H.R Tirmidzi)

Pada satu ketika Rasulullah saw. berkhutbah di hadapan para sahabat, beliau bersabda," Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui sungguh kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Kemudian para sahabat menutup wajah mereka dan mereka menangis. (Muttafaq 'Alaihi)

Pada suatu hari Rasulullah saw telah mendengar seorang sahabat Baginda yang sedang membaca al Quran. Apabila sampai ke ayat yang bermaksud:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah seperti kulit yang merah" Surah ar Rahman – 37

Bulu roma si pembaca itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yang akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah? Malang sungguh nasibku ini." Rasulullah saw berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Jawapan yang sama telah diberikan oleh Rasulullah saw kepada seorang Ansar yang duduk menangis selepas menunaikan sembahyang Tahajjud.

Abdullah bin Rawahah telah menangis pada suatu hari. Isterinya melihat keadaannya turut menangis bersama-sama, dia bertanya kepada isterinya itu:"Mengapa kamu menangis?" Kata Abdullah:"Apabila aku teringat yang aku terpaksa menyeberangi neraka melalui titian sirat, aku menangis."Aku tidak tahu sama ada aku akan berjaya menyeberanginya atau tidak."

Subhanallah, kehebatan yang terserlah dengan linangan air mata yang membuktikan kekuatan seseorang insan.

Malah di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang ini keras hatinya ialah apabila dia sukar untuk menangis di hadapan Ilahi.

Bilakah kali terakhir daku menitiskan air mata keranaMu ya Ilahi?...

~ak t'duduk mendonggak langit..merenung dosa2 lalu...~

 ak bermuhasabah....