Monday, March 11, 2013

Jalan Ini

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ALHAMDULILLAH.. ^^
"Katakanlah:" Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi? " Katakanlah: "Allah". "(Saba`: 23)

Allahurabbi..
Benarlah nak ada jiwa 'pejuang' ni bukan senang..
Memang kena kuat..
Futur dijalanNYA memang perkara biasa..
tapi TERUS FUTUR bukan sifat PEJUANG!

Ingatlah..wahai cik hati!
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
(surah Al-Ankabut : 2 )

*gedebuk! terhantuk lagi -_-'

 

Nak menangis.. :'( sungguh!
terasa diri belum kuat untuk berada di "Jalan Ini"

"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu"

(HR Imam Ahmad, Imam Tirmidzi dan lainnya)

Betul!! sangat2 betul.. nak dapat sesuatu yang INDAH! yang CANTIK! kena usaha sungguh2..
Analoginya mcm ni.. Batu "PERMATA" kita perlu ada "PRESSURE" yang kuat baru la dya cantikk
Tengok! setiap ciptaanNYA ada hikmah yang tersembunyi... ada pengajaran yang DIA beri buat hambaNYA..
Indahnya DIA..

Allah..
Sungguh! Jalan ke syurga itu BUKAN Mudah sebab redha ALLAH itu mahal.. wahai cik hati..

Allah itu MAHA PENYAYANG ..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (surah Al-Baqarah : 286) 

tsiqah lah dgn dirimu!

teringat kata-kata sahabat Baginda s.a.w


- Saad bin Abi Waqqas -
"Aku adalah anak-anak panah Islam.
Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam!"


***

Ini.

Salah seorang daripada 10 Sahabat yang dijanjikan Syurga baginya.

Beliau thiqah (percaya) pada dirinya sendiri.

Beliau berdakwah di mana sahaja, dan dengan segala yang dianugerahkan olehNya kepadanya.

Ini.

Ciri-ciri Penghuni Syurga.

Engkau-engkau ada?

Aku-aku ada?

Mereka-mereka ada?
Allah campak ke dalam kelas paling pandai,
untuk kau berdakwah.

Allah campak ke dalam kelas paling corot,
jua untuk kau berdakwah.

Allah campak ke luar negara,
untuk kau berdakwah.

Allah campak ke dalam negara,
jua untuk kau berdakwah.

Usah berfikir,
kenapa Allah campak aku sini,
kenapa Allah tak campak aku sana.
Pengajaran buat diri...
 Hidup ni singkat.
Hidup ni sementara.

Kita takde masa tuk merungut sepanjang masa,
kita takde masa tuk menggedik 24/7.

Jadilah anak panah.
Yang tajam menusuk ke tengah tubuh Ummah.
Yang teguh berada dalam tubuh Ummah.

Biarpun engkau mati,
biarpun engkau pada suatu hari nanti,
dicabutNya daripada tubuh Ummah,

pastikan engkau tinggalkan parut padanya,
parut yang dalam,
parut yang kekal,
untuk kau jadikan hujah kelak.

Ya Allah, aku adalah anak panah Islam.
Dan aku telah berdakwah.
ALLAH..  Saya nak jadi "kuat" macam sahabat! :')

 Rabbi yassir wala tu'asir, rabbi tammim bil khair. Amin
"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan" 
 “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu.”

(HR. Muslim) 
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu).”

(QS. Al-A’raaf: 126)
 Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

(Al Imran : 8)
Allahumma..amin..
Buat sahabat2 saya..doakan saya untuk terus tsabat dgn "Jalan Ini"... 

Kesedaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakerawala
Dan perjuangan
Adalah pelaksanaan kata-kata
- Rendra

Pena ku..