Tuesday, January 1, 2013

Senyum :)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

~ Selawat jom! ~

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi wa barik wa salim.. 3x

Senyum 1 .. :)


Senyum Duaaaa ^___^

 



Senyum tigaaaa ^__________^


 senyum itu sedekah... senyum itu sunnah  :)

jom senyum! :)

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

 Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

____________________________________________________________________________
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Menelusuri kisah Junjungan Mulia Nabi SAW. 
Adakah senyuman plastik yang dilemparkan oleh baginda??. Sudah tentu tidak!!.
 Kerana mana mungkin senyuman buatan itu mampu mencairkan ramai penduduk Makkah dan Madinah. 

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan. 

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”


hee.. Senyummmm 


#tatkala otak tengah saturated nak digest notes MNT, blog jadi mangsa... senyum lagi! :)#

pena !LhaM haT! meletakkan noktah  .