Monday, December 31, 2012

Jatuh Hati..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah.. masih merasai nikmat dr NYA..

Ok! saya jatuh hati dgn hati-hati yang ditarbiyah ILLAHI ^^


"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." 
-Imam An-Nawawi-

*hebat! hati2 yang ditarbiyah NYA*
#menelusuri al-kisah sahabat2 baginda & pemilik2 jiwa yg besar dlm perjuangan agama ALLAH#

Senyum.. :)

“Kadang-kadang dalam meniti jalan perjuangan ini,kita akan tersungkur dan berasa lemah,lalu kita perlukan satu suasana yang akan mengingatkan kita semula bagaimana kita boleh terlibat dengan perjuangan ini,agar menjadi penaik semangat serta pengembali kefahaman kepada kita.Carilah suasana itu,kita takkan jumpa kalau tidak berusaha mencarinya.FUTUR adalah perkara biasa buat pejuang tetapi TERUS FUTUR bukan sifat pejuang.Berdoa dan terus berdoa...berjalan tanpa henti...”

FirmanNya; 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 
(Ali Imran: 104)

 

Thursday, December 27, 2012

Dietitian To Be...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... 
Rabbi yassir wala tua'sir rabbi tammim bil-khair..

Allah permudahkan segala-galanya buat kami.

Hari ni selesai presentation utk Nutrition Educational tools..
d mna kami di assign kn buat 1 blog how to educate community about blood pressure a.k.a tekanan darah or lebih saintifik nya lagi tentang penyakit hypertension..


(ni lah link blog kitorang yg d dvelop selama 2 bulan) ^_^

masih bnyk kekurangan lg tu.. tp yg penting apa yg dikongsi dari kami sedikit sebanyak dapat membantu msyrakat mcm mna nk kawal penyakit darah tinggi ni..

Al-maklumlah negara kita ni org ckp "Syurga Makanan"
Kadar penyakit yg akibat "terlebih mkn" ni pun bnyk jugak lah kn.. :))


Okay now, we move on to our main entry ^^ *hehe.. ter'excited coz bru habiskn segala assignmnt untuk sem 5 nih*

Tahu x apa tu dietitian or pegawai dietetik??

 
Mesti sahabat2 "jarang2" or "x pernah" dengar langsung psal dietitian nih kn..
Meh ni cek nak habaq sikit mcm mna dietitian nih..
*mula2 cek ni pun x thu jugak course dietetics yg cek sdg belajaq ni apa*
Mula2 dlu after habis matrx dh dapat result.. time nk isi UPU tengah berbelah bahagi nk pilih career apa...Pharmacist, Pharmacist & Pharmacist..hoho time tu yg tu ja aim nk amek..coz dlu minat subjek kimia.. hee :)
 

Disebabkan borg UPU tu bnyak sngt tempat kosong, I pun fill in the blank lah dgn course dietetics nih ^^,
tp, b4 isi ni pun dh buat research dlu dh course ni berkenaan dgn ap.. 1 point ja knapa saya pilih course ni :)
sebab course ni ada relate dgn community.. I love helping and involving the community.. nak jadi doktot cek takut darah! plus x boleh tengok org sakit teruk2 "mudah jatuh simpati" =_=! takut nnt2 x ter rawat patient tu coz doktot yg jatuh pengsan.. hii 

Tup2 result keluar yeah! pilihan ke-7 "Ijazah Sarjana Muda Dietetik Dgn Kepujian UniSZA"
Okeyh! Time tu seriously mmg rsa nak nangis!! sbbnya x dapat amek Pharmacist.. sob3x.. lg satu tercampak kt Nun jauh di Bumi Pantai Timur Terengganu.. huhu.. 
tp, sedih tu hanya seketika sbbnya ALLAH ilhamkan satu ayat "penguat diri"

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........." (Al-Baqarah:216)

Itulah, DIA yang saya Cintai!! Sentiasa memujuk saya di saat saya berduka :))

Hikmahnya saya temui skrg! 
Di mana one of the subject yg para dietitian ni kena ambil adalah Pharmacology iaitu subject b'kenaan dgn ubat. SubhanaALLAH, MasyaALLAH.. amatlah susah bg saya utk mengingat nama2 saintifik ubat tersebut.. agak berjuang mati-matian jugak dlm exam Pharmaco ni.. sampai tahap starvation! 

*Time tu terdetik dlm hati ni.. ni la hikmah yg Dia aturkan untuk saya :)

Jadi sahabat2, 
 
Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapkan, INGATLAH dan SENYUMLAH..manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cintaNya..

"Sungguh, jika kita mencari.. kita pasti terjumpa BANYAK HIKMAH kenapa DIA aturkan hidup kita macam ni :')

*Teringat pula ttg Ilmu Tauhid Sifat 20, Sifat Iradat.. pnjg nk kongsi ilmu dgn sahabat2 nih :)) tp saya tangguhkan dlu untuk entry akan datang ea.. InsyaALLAH

Okeyh2 kita berbalik kisah asal kita.. Cik Dietitian / Pegawai Dietetik ni sebenarnyaa ditugaskan untuk memberi nasihat pemakanan kepada pesakit2 di hospital khususnya, umumnya kepada semua masyarakat.. berbeza taw Dietetik dgn Nutritionist.. Pakar Nutrisi x boleh bagi nasihat pemakanan kepada pesakit, but, they give more consultation @ education to community... macam tu lah secara rough nya.. 
Pegawai Dietetik ni akan ajar kita menggunakan cara yang sihat untuk b'diet..
 

Jadi, buat adik2 yang ni isi borg UPU jgn la ter'agak2 nk pilih course ni yah.. you will enjoy it when you know that.. percayalah cakap akak ^^,
Soal ruang pekerjaan? Jgan risau.. bnyak cabang dietetik ni boleh pegi, klinikal, komuniti, katering, pendidikan, business pon boleh.. wink 3x.
This course will be one of critical course jgk nnt mcm medic, pharmacist dentistry and etc. 
nak tahu kenapa?? sbbnya sekarang ni ramai sangat rakyat Malaysia yang mengalami penyakit yang disebabkan "terlebih mkn" antaranya KEGEMUKKAN @ OBESITI, DARAH TINGGI, KENCING MANIS, SAKIT BUAH PINGGANG & SAKIT JANTUNG..
mostly, all of these diseases disebabkan cara pemakanan kita.. 

Ce adik2 or sahabat2 tengok link2 di bawah ni;

pesanan buat adik2 & sahabat2.. soal gaji ni x payah la nak kesah sangat org cakap... Yang penting sifat IKHLAS tu yang perlu kita didik dalam segala perkara yg kita buat :)
Rugi woo kalau buat sesuatu tanpa ada keikhlasan dalam diri.. nak kerja nnt pun rasa x seronok klu buat sesuatu just untuk dapatkan sesuatu bukan keredhaanNYA.. 

Rezeki setiap orang ALLAH dah tetapkan.. Rezeki DIA kan MAHA LUAS ^^,

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا 
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
 Allahu Allah.. tengok sayang x Dia dengan kita?? Tu pun kita susah nak ikhlaskan? 
*tertampar muka diri sendri*

"Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu; maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan. " (Al-'Ankabuut: 17)

Yang penting perbanyakkan doa kepada Dia,
 “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.” -Doa Nabi Musa-

Selamat Bermujahadah sahabat2
 

#Apa Yang Baik Dari ALLAH, Apa Yang Kurang Juga DariNYA, tetapi saya nisbahkan Yang Kurang itu keatas diri saya#

Waallah hu a'lam..

Monday, December 24, 2012

Al-Kisah Seorang Hamba..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

ALHAMDULILLAH masih dalam nikmat JagaanNYA.. :) 
Dah lama menyepi disebalik awan... 
mungkin setelah sekian lamanya DIA turunkn hujan..
dan hari ni DIA hadiahkn PELANGI INDAH buat sang hamba ini.. 

minggu ni dah start 'stdy week' ujian sungguh bila hujan turun x berhenti-henti skrg. di Kuala Terengganu..
Kampus Induk di Gong Badak banjir agak kritikal, tapi kami di Kampus Kota Alhamdulillah.. msih lg dlm kawalan... mak dah makin risau keadaan anaknya ni..
Itulah! Hati seorang ibu.. kaya dengan kasih sayang perihal anak yg sentiasa difikirannya.. :')
Ok! terasa nk menangis sebab rindu rumah & seisinya.. 

Setelah m'hupdate perihal semasa..kita kembali pada tajuk "entry" kali ni..
Nak cerita ttg watak "org yg hebat" ditarbiyah olehNYA..
nasihat dari hamba ALLAH ni la yang m'buatkn si peminjam hati ini "terkesan! terkesima! & terjaga dari mimpi"
& sekarang tgh belajar bertatih utk mengenali Tuhannya..

Alhamdulillah.. 
itulah yang dinamakan Rahsia ALLAH dalam mengatur aturan hidup hambaNYA..
Dia hadirkan seseorang utk bawa kita kembali kepada jalanNYA di saat kita dalam kelalaian dlm "permainan dunia" 

Sabda Rasulullah SAW

“ALLAH  SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada Hari Kiamat nanti.”
(HR Muslim)
ALLAHUAKHBAR! 
 Apa lagi yang ingin kita dustakan??
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Surah Ibrahim:34). 
  
Tengok sahabat2.. tu baru 1 rahmat kasih sayang Dia pada kita yg didlmnya penuh dgn nikmat yg x terhitung oleh kita.. x nak bersyukur lagikah kita?? * terutamanya buat sang penulis ini -_-'

Berbalik pada Al-kisah hamba ALLAH tersebut..
Saya mengenalinya hnya sedetik dalam pertemuan satu diskusi untuk m'bincangkan msalah mahasiswa/i di kampus.
Pda ketika itu kami hnya bertaa'ruf mngetahui nama & portfolio masing2..
Melalui cara diskusi kami saya boleh nampak kematangan 'hamba' ini dalam b'hujah & menyampaikan pendapat..bait2 bicaranya penuh dgn dalil2 ALLAH.
bermonolog seketika : "hebat hati-hati yang ditarbiyah ini.. ALLAH!  hebat lagi "pemilik hati" tersebut. :)
Perkenalan kami berhenti disitu setelah kami pulang ke destinasi masing2..
Tanpa diduga, aturan dariNYA.. dia pertemukan kami di 'alam maya' 
saat itu hamba ini msih ketandusan ilmu2 agama & hati masih keras umpama batu! 
Setelah hampir setahun dgn kata2 nasihat & semangatnya umpama semangat Al-Fateh  yang dia curahkan buat saya.. 
Alhamdulillah Dia Yang Memegang Hati hambaNYA.. m'beri cahaya petunjuk buat insan ini pada Ramadhan Al-Kareem 1433H 
"Moga tarbiyyah Ramadhan memberi "output" taqwa kepada kita"
Waktu tu SubhanaALLAH Dia Yang Maha Tahu apa yang saya rsakan ketika itu..
ALLAH berfirman : “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” 
(Surah al-An’am, ayat 125)

Alhamdulillah... :')

Akhir kata, saya doakn moga ALLAH ikatkan hati2 hambaMu ni dalam rantaian ukhuwah yang terbina secara tidak langsung itu..
  
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

# siapakah sang hamba ALLAH ni?? Biarlah ia menjadi rahsia saya & Dia Yang Maha Tahu #
Moga keikhlasan di hatinya yg x jemu mendidik, di nilai olehNYA.. :)

"Pandanglah sesuatu dengan mata hati, InsyaALLAH kita pasti akan dapat melihat yang tersirat melalui yang tersurat.. Sesungguhnya keyakinan yang tinggi terhadap ALLAH, hanya terletak pada hati hamba yang dekat dengan-NYA.. ^^,

 

Wednesday, December 12, 2012

Sebelum Aku Terima Nikahnya..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

ALHAMDULILLAH.. setelah sekian lama jejari ini x menulis, hari ni DIA beri kelapangan waktu untuk meninggalkan jejak di belOg !LhaM haT!

Haa. mengenai tajuk entri kali ni.. bukan nak menimbulkan apa2 kontroversi ya..
cuma nak menjawab soalan2 dari sahabat2, makcik2, pakcik2, atok & nenek..hee

Emak: Ha, akak bila nak kawen? dah ad boypren??
Kawan: Amal bila nk jumpa pemilik tulang rusuk?
Atok: Amalina, K. siti dah lepas.. lepas ni kamu la pulak ye? *
Saya: (senyum kambing ja) ^____^

Ok saya speechless! nak jawab semua soalan tu.. 
sbbnya checklist saya belum kesemuanya saya penuhi!

1) Solat awal waktu        _________
2) Tahajjud & Dhuha      _________
3) Cintai ILMU (Usrah & Majlis2 ILMU)  ________
4) Beri manfaat kepada org lain   _______
5) Akhlak     ________
6) Berbakti pada IBU & AYAH  _________
7) RELATIONSHIP dgn DIA (Sang Pemilik Hati ALLAH s.w.t)   _______

Marriage is not about Love..
It's about making UMMAH..
So friends, Let be prepared!

Buat sahabat2, akak2 dan sepupu2 yang baru mendirikan rumah tangga betulkan niat kita apa tujuan kita membina Baitul Muslim ea...
BarakaALLAH a'laikuma..Semoga ALLAH panjangkan jodoh kalian hingga ke Syurga! & melahirkan anak2 yg menjadi pejuang agama.. InsyaALLAH..

InsyaALLAH sampai jodoh saya.. sampailah wktunya.. Jodoh kan Rahsia ALLAH.. tapi jgn lupa Ajal kita pun Rahsia DIA :))

p/s: Doakan saya supaya tsabat di atas jalanNYA.. jzkk


 
Pandanglah sesuatu dengan mata hati, InsyaALLAH kita pasti akan dapat melihat yang tersirat melalui yang tersurat.. Sesungguhnya keyakinan yang tinggi terhadap ALLAH, hanya terletak pada hati hamba yang dekat dengan-NYA..

#nota diri; masih banyak kekurangan diri yg perlu dibaiki..moga DIA terus membimbing hati sang hamba ini..Aminn

"Apa yang baik dari NYA, dan yang kurang juga dariNYA tapi saya nisbahkan atas diri saya"

Waallahu a'lam..


   
 

Friday, November 23, 2012

Suratul Kahfi

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

ALHAMDULILLAH.. Dia masih memberi nikmat nyawa, nikmat hidup, nikmat sihat pada tanggal 10 Muharram 1424H untuk merasai nikmat Islam .. :) Segala Puji bagiMu Ya Rabb

Pada Sayyidul Ayyam Yaummul Jumma'ah ( Hari Jumaat ), hari yang istimewa buat kita kaum Muslimin, 

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkata:

"Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya."
  
Allahuakhbar! 
Pada hari ini juga kita disunatkan untuk membaca surah Al-Kahfi sepertimana yang dinyatakan dalam nas

 Dari Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu 'anhu, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari jumaat akan diberikan cahaya baginya diantara dua jumaat." 

(HR. Al Hakim dan Baihaqi disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

Disaat ini selesai menelusuri penceritaan surah Al-Kahfi Allahu..Allah.. itulah mukjizat Al-Quran
 


Kisah2 yang terkandung di-dalamnya

 1. Kisah Ashabul Kahfi: Antara kesempitan gua dan keluasan, kemewahan dunia demi menyelamatkan iman. Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".(Al-Kahfi:16)

2. Kisah Pemilik Dua Kebun: Antara kufur dan syukur dengan kenikmatan dunia. Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku. Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu (Al-Kahfi:37-39)

3. Kisah Nabi Musa dan Khidir: Antara menuruti fikiran manusia dan mematuhi kehendak Allah SWT. Berkata Khidir kepada Nabi Musa: Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".(Al-Kahfi:82)

4. Kisah Zulqarnain: Antara amanah dan khianah dengan kekuasaan. (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi:98)

 Walaupun surah ini menceritakan kisah-kisah yang menarik untuk dibaca dan dibincang perinciannya, setiap darinya melambangkan keperluan menjadikan IMAN dan TAUHID sebagai dasar dalam segala aktiviti keduniaan manusia. Surah ini juga memberi panduan kepada orang yang beriman, cara untuk membuat pilihan dan keputusan yang betul kerana hakikat kehidupan manusia di dunia ini adalah tentang membuat keputusan yang betul.  

Kita akan sentiasa mengalami konflik dalam hidup. Konflik dalaman dan luaran. Keputusan perlu dibuat.

 Ambillah 'ibrah dari Al-Kahfi..


Berfikir sebelum keputusan dibuat: Apa yang ALLAH SWT hendak aku buat? Bukannya: Apa yang AKU hendak buat? Bukan juga: Apa yang ORANG LAIN hendak aku buat? 

Itu melambangkan setiap aktiviti kita dipengaruhi IMAN dan TAUHID supaya setiap aktiviti tersebut tidak menjadi sia-sia di sisi Allah SWT:
Katakanlah: "Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling kerugian amal perbuatannya?"Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka telah berbuat sebaik-baiknya. (Al-Kahfi: 103-104) 

Waallahua'lam... 

Yang baik itu datang dari Dia.. & yang kurang itu juga datang dari Dia, namun kekurangan itu dinisbahkan ke atas diri saya sebagai hambaNYA.. 




Sunday, November 18, 2012

Tatkala Hatiku Gundah Gulana..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Pada tanggal 19 November 2012 bermulalah peperangan di medan ILMU bg pelajar Dietetik Sem 5..
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan..


#cubamenenangkandiridenganayatcintadariILLAHI#

ALLAHU ALLAH.. T_T

Wednesday, November 14, 2012

Pengakhiran Tahun 1433H

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH..
Syukur ke hadrat Illahi.. masih dipanjangkan umur, masih di dalam nikmat Islam, masih di beri kekutan untuk melangkah ke Tahun Baru 1434 H, untuk meneruskan jalan dakwah di atas dunia ini..

 ~Salam Maal Hijrah buat semua muslimin & muslimat~
 
Disini sebagai penutup tahun ini,
ingin saya kongsikan sedikit ilmu bersama sahabat2 mengenai selawat tafrijiyyah..
Sebenarnya baru juga dapat ilmu ni.. dari adik saya :)
Selalu dgr dya baca selawat ni.. pastu ikut la pelan2.. 
& dya pesan mcm ni.
"Ha' Kak Nana amal la selawat ni selalu.. moga2 dapat jodoh yang soleh.. ^^,

So, ambil la sedikit ruang waktu 'search sikit psal fadhilat baca selawat tafrijiyyah ni'
 
 Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan supaya dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
 
Antara kebaikan mengamal selawat ini:-

  •  Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
  • Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
  • Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
  • Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
  • Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
  • Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
  • Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
  • Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

moga2 kita sama2 dapat amalkan selawat ni ya sahabat2.. :)

 Dan sahabat2 sempena akhir tahun 1433H ini,
Berdoalah sebanyaknya petang ini moga Allah terima segala amalan kita dan mengampunkan dosa dan setiap zarah kesilapan kita sepanjang tahun ini. Berdoalah malam ini moga tahun hadapan jauh lebih baik berbanding tahun ini. Berdoalah agar kita menjadi soleh, keluarga kita lebih baik, masyarakat lebih sejahtera, negara yg toyyibah dengan menegakkan Islam. 
Doa itu senjata org mukmin. Ia juga satu azam untuk kita menjadi lebih baik. 
- Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre-
Waallahua'lam :)
 
 
 
 
 


Sunday, November 11, 2012

Sifat Pemalu

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

ALHAMDULILLAH..
Masih diberi nikmat hidup, masih diberi nikmat Islam & Iman, masih diberi nikmat sihat dr NYA..

Meneruskan pembacaan buku "Aku Terima Nikahnya" penulisan Ustaz Hasrizal..
SubhanaALLAH banyak ilmu bnyak 'ibrah yg dikongsi drnya..
Terima kasih Ustaz! ^^,

Mengenai post entry kali ni..yup berkaitan dgn sedikit sebanyak dr penulisan Ustaz Hasrizal..
iaitu tentang sifat Pemalu


Pokok semalu itu dengan sifat pemalunya tidak membenarkan diri disentuh.
Ia akan menguncup menjaga keselamatan dan kehormatan dirinya. Malah apabila menjelang senja, pokok semalu akan menguncup sebagai isyarat kepada kaum wanita agar menjaga kehormatan diri tatkala mentari tenggelam. 

Allahu Allah..tengok sahabat2..
Allah tidak mencipta sesuatu tanpa ada hikmahkn??
Tengok dari penciptaan pohon semalu kita boleh ambil 'ibrah drnya..terutamanya buat kaum HAWA
SubhanaALLAH.. HebatNYA DIA!

Meh sini saya nak kongsikan sikit kisah pohon semalu ni di zaman Baginda Rasulullah S.A.W

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

p/s: Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


 




Sunday, November 4, 2012

Angan-Angan

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah.. bangun pagi ni tersenyum bahagia..
ALLAH sekali lagi m'anugerahkan nikmat HIDUP.. untuk meneruskan mujahadah sebagai hambaNya di atas muka bumi ini..
Allahu Allah.. Terima kasih Ya Rabb.. ^__^

Berkenaan dgn tajuk entry ttg angan2.. 
Saja nak berkongsi 1 angan2 saya dgn semua... iaitu..
jeng, jeng, jeng..

Namanya Inche EOS 650D



sob3x.. x tahu sejak bila jatuh cinta dgn gadget nih.. 
Tetiba bngun pagi terus google psal harga gadget nih...
 
Jauh x angan2 nih?? huhu..
Actually first time cuba Inche Canon DSLR kawan pnya..
Wah.. dpt snap gmbar Ciptaan ALLAH pda angle yg menarik!
 
 
 
Haa.. rsanya time tu la jatuh cinta dgn Inche Canon EOS 650D nih... ^__^
 
harga.. Oops mencecah RM 3, 000..
 
Hurmmm itulah nma nya angan2...
Btw buat masa skrg yg still belajar lg.. mmg x la gna duit smpanan nk beli gadget ni..
Mana tahu.. InsyaALLAH one day bila dh ada "gaji" sndiri.. terdetik skali lg nk beli Inche EOS 650D kn..
hehe..

ANGAN-ANGANKu..

:)



Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha 1433H

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Salam Adil Adha buat semua :)

Moga 'ibrah pengorbanan daripada sejarah pengorbanan Agung Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar, Pengorbanan Rasulullah S.A.W buat Islam tercinta.. dapat kita ambil sebagai lampu menerangi jalan perjuangan kita. Amin3x.. InsyaALLAH..

Benarlah, tiada perjuangan tanpa pengorbanan! Islam cukup indah, mengajarkan kepada ummatnya betapa besar erti berkorban. Selamat Berkorban Menuju Cinta ILLAHI..

Kullu 'Am Wa Antum Bikhair ~ 10 Zulhijjah 1433H

Wednesday, October 24, 2012

Ujian Itu Rahsia ALLAH..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Allahu Allah...

Ujian darinya terselit sejuta hikmah atau mungkin lebih dari itu..

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.








Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. "Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT."

 Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

~Bahagia melepaskan segala-galanya kepada DIA.... :))~