Monday, December 31, 2012

Jatuh Hati..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah.. masih merasai nikmat dr NYA..

Ok! saya jatuh hati dgn hati-hati yang ditarbiyah ILLAHI ^^


"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." 
-Imam An-Nawawi-

*hebat! hati2 yang ditarbiyah NYA*
#menelusuri al-kisah sahabat2 baginda & pemilik2 jiwa yg besar dlm perjuangan agama ALLAH#

Senyum.. :)

“Kadang-kadang dalam meniti jalan perjuangan ini,kita akan tersungkur dan berasa lemah,lalu kita perlukan satu suasana yang akan mengingatkan kita semula bagaimana kita boleh terlibat dengan perjuangan ini,agar menjadi penaik semangat serta pengembali kefahaman kepada kita.Carilah suasana itu,kita takkan jumpa kalau tidak berusaha mencarinya.FUTUR adalah perkara biasa buat pejuang tetapi TERUS FUTUR bukan sifat pejuang.Berdoa dan terus berdoa...berjalan tanpa henti...”

FirmanNya; 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 
(Ali Imran: 104)

 

No comments:

Post a Comment