Saturday, May 21, 2011

Kisah Yg Comel Ttg Wanita

Assalammualaikum w.b.t readers...

hmm.. ary ni amal nk kongsi cket psal stu post yg amal bca..



Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."


SubhanaALLAH hebatnya penciptaan kita!!! Alangkah ruginya kita tdak menghayati keindahan penciptaan kita kn?? 
Jom sahabat2 sma2 kita check diri kita..kita improve diri kita mnjdi seindah hiasan di dunia..
iaitu WANITA SOLEHAH..
Wallahu'alam..............

Thursday, May 19, 2011

BeTuL Ke?? WaHai WANITA.....


Dengan Nama ALLAH Yg MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG..

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)


x adil lagikah Allah dekat perempuan?

wahai wanita, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?



~jom!! kita renovate diri kita utk jd hamba yg terbaek buatNYA~

ameen...


amal_amany91

Wednesday, May 11, 2011

BiaRkan CinTa itu TeruS diAm.. :)




Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai ia dalam diam...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tidak mahu memusnahkan kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan memusnahkan izzah dan iffahmu..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..kerana mungkin saja orang yang kau cintai adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Saidatina Fatimah r.a dan Saidina Ali r.a?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan...kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata..bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tidak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...~

~Jagala hatimu...jagalah imanmu.. insyaALLAH ALLAH telah mengatur yg terbaek buat dirimu...~  :)


amal_amany91

Tuesday, May 10, 2011

Hanya ALLAH YG MAHA MENGETAHUI..

♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥♫♥

ALLAh Ta’ala Tahu dan Pilih Yang Terbaik...

Mencari hikmah di setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang sedang berputus asa.
Hikmah hanya akan dapat dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan takdir ALLAH tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha untuk mencari ibarah dan kekuatan disebalik apa yang sedang dan telah berlaku.

Memang, adakalanya kita usahakan begini. Tetapi yang jadi begitu. Agak bercanggah dengan matlamat dan logik akal manusia.
Namun, boleh jadi dengan cara begitu ALLAH ingin mengangkat atau menghantar hamba-Nya yang terpilih melalui laluan yang kurang disenangi lalu memberikan sesuatu yang lebih besar dan bermanfaat untuk hidup seseorang.
Hidup kan, sukar untuk diramal.

Saya mungkin ada ujian tersendiri. Anda juga begitu. Kita sama-sama teruji. Dan persoalannya, bukan ujian dan dugaan siapa yang lebih besar, tetapi sejauh mana saya dan anda menerima dan mengendalikan kehidupan selepas menerima ujian tersebut.

Pernah tidak terasa diri sedang dimain-mainkan oleh-Nya dalam kehidupan seharian yang ditempuh.
Kadang-kadang sehingga rasa hendak hidup dalam gua dan tidak keluar-keluar dari gua tersebut?
Pernah? Maka saya minta anda beristighfar.Sob sama-sama ya...

Maha Suci ALLAH yang berlepas dari sifat zalim terhadap hamba-hamba Nya!
ALLAH Ta’ala tidak pernah memain-mainkan kehidupan manusia.
Tidak pernah dengan sengaja membuat manusia menempuhi pengalaman kehidupan yang sangat pahit melainkan ada sesuatu yang ALLAH Ta’ala hendak sampaikan melalui setiap ujian tersebut.
ALLAH tidak pernah menurunkan sesuatu ujian dan kenikmatan melainkan mahu manusia berfikir dengan waras.

Tapi, kenapa ada manusia punya perasaan seperti itu? Kecewa?
Tepuk dada, tanya diri sendiri. Jikalau tanya iman, pasti iman akan menjawab selari dengan ketentuan ALLAh. Tapi ujilah diri sendiri. Mengapa dan kenapa...???

Anda beriman dan rela bahawa ALLAH adalah Rabb anda?
Anda beriman bahawa deenul Islam adalah agama anda?
Anda beriman bahawa Muhammad adalah Rasul terakhir anda?

Maka, anda seharusnya lebih bersedia. Dan buktikan pada diri anda duhai sahabat..!!!

p/s> ingatlah.. segala ujian yg menimpa diri kita adlh trbiyahNYA buat diri kita...^^,

~amal_amany91~
(¯`v´¯) ♥~♥
`·.¸.· •*´¨`*•.♥•*´¨`*•.♥•*´¨`*•.♥•*´¨`*•.♥•*´¨`*•.♥

Thursday, May 5, 2011

DeMaM rinDu....

Assalammualaikum readers....
heee.. nk b'kongsi cerita cket ary ni..
Alhamdulillah da settle paper 2nd last...
Not bad...soklan agak mendebarkn ...hahaha

dah.. tutup psal kesah exam..hii
kta blik ke main point kta yerr..
huaaa...
ekceli da 2 ary demam...
x tahu punca ap..siap migrain2 ag..uhuk3x..
tp dsbabkn nk exm.. arggh ABAIKAN!!!
kuat jgk... tahan kepala nih mngadap sgala note2 yg b'trabur ats meja..
ALHAMDULILLAH Allah bg kekuatan time stdy tu.. ameenn..
hee.. bla da tdo huaaa.. gua bermimpi....

jeng3x.. org yg lbey krg 4 bln x ketemu...


mak & ayah eden.....huhu..
konklusinya.. sgala symptom2 yg wjud di ats angkara VIRUS RINDU ni lah...
ngekk!!haha da besar prangai cm bdk kecik..
al maklumlah..dulu sekolah lngkah 2,3 tapak ja da smpy even stay kt asrma...bley jerr nk lari2 blik..
ni skali nun jauh ke timur ak dilemparkn... huaaa
bla 2 , 3 bln x blik umah.. mcm2 rrr symptom kuar..
ngOshh!!

yeahh!!! disebabkn semgt berkobar2 nk blik umah..*even I blik pling lewat dr kgkwn I*
kta ALL OUT utk paper yg t'akhir..huuuu 
arap2 sokln x luar alam laa.. ^_^
praying all the best for me..
daa.. nk continue FACE the BOOK..

~mak, ayah & adik2 nntkn kehadiran ku...~



amal_amany91  :)

Remember this...
People don't care how much u know..
till they know how much u care..
KNOW URSELF..n CARE 4 URSELF..
KNOW OTHERS n CARE 4 OTHERS....
Hve a nice day everyone..
May ALLAH bless u all..
 Jzkk..


Sunday, May 1, 2011

Hlovate Lover

Salam readers...
hee.. mlm ni jari-jemari ni menggedik plak nk post sumthing kt blog ni..
dh penat bercerita ttg cinta..
hbis suma kgkwn ak kna panahan cinta dr langit mna dya dtg pown x thu..
haha lawak... 
 meh2 kta ke tujuan asal post ni..
hihi..

Actually I nk tnjuk kt U all benda yg paling I SAYANG..
jeng3x..


ni haaa.. novel + author kesayangan guee...HLOVATE

First skali tunas.. zaman knak2 rebina .. zaman kenakalan Nur Addin Shah..& Benz Aliff taiko di skolah..hooho..

next..

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.
cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin
Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband? ~ Benz
hee nk tahu bca la x rugi.. dh rmay yg melekat dek mulut ni yg bising2 promote psal novel n author dya..
& satu ag novel dya jgk ad unsur2 islamic.. best2 I like!! kena dgn jiwa muda-mudi.. *thumbs up!!*

hAA.. Ni best jgkkk ... Ked's Story dri Pelangi continue wif Versus!!
huhu cayalah she knows all about skate-board !!! wwuuuu :)
ini ksah mereka berdua.. Minn Edina & AO a.k.a Ashraff Omar..

next!! 5 tahun 5 bulan...
.... a Plain Jane's diary...
....growing up & learning ain't easy..
...not-another mere fuzzy-mushy entry ..
..antara Sultan Mansur , Jebat, & Hang Li-Po..it just part of the story...
wahh penantian yg sgt2 dsyat...wink2

next2..


"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."

then,


"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."
 

n lastly.. the latest...
terbaek dr ladang......wuuu terkilan x dpt beli ag ni..


I-Fend & K2...mengisahkan...

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."

Dua contengan dalam satu coretan ~
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan

~~wee ~~
meh2x kta knal cket spe HLOVATE nih..
HANYA INGIN DIKENALI dengan nama Hlovate. Cerita pertama yang ditulisnya ialah GreaTroublemaker_i, ketika menuntut di tingkatan 3. Menulis baginya adalah satu cara untuk berkongsi dan meluahkan rasa.
Antara kata-kata Hlovate: "... menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku 'just' tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, 'everything needs commercial value and attraction force'; maka aku pun 'draw' je cerita tu ikut 'taste' orang yang nak baca, tapi dengan 'core' yang aku ada sebagai 'basic color', nak 'share' dan bercerita rasa dengan orang bukan senang."
Katanya lagi: "Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku
Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku
Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..."
 

BIODATA ni.. I ciplak dr Jemari Seni Sdn Bhd. utk dikongsi b'sma korg..

da letih bercrita ttg dya...wuuu
sekian~~

amal_amany91 ^_^
~sweet dream everybody~
( 12.28 a.m)