Tuesday, May 10, 2011

Hanya ALLAH YG MAHA MENGETAHUI..

♥♫♥ بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ♥♫♥

ALLAh Ta’ala Tahu dan Pilih Yang Terbaik...

Mencari hikmah di setiap kejadian yang menimpa itu kadang-kadang tidak terlihat oleh hati yang sedang berputus asa.
Hikmah hanya akan dapat dilihat oleh orang yang memang pasrah terhadap percaturan takdir ALLAH tapi dalam masa yang sama berusaha dan berusaha untuk mencari ibarah dan kekuatan disebalik apa yang sedang dan telah berlaku.

Memang, adakalanya kita usahakan begini. Tetapi yang jadi begitu. Agak bercanggah dengan matlamat dan logik akal manusia.
Namun, boleh jadi dengan cara begitu ALLAH ingin mengangkat atau menghantar hamba-Nya yang terpilih melalui laluan yang kurang disenangi lalu memberikan sesuatu yang lebih besar dan bermanfaat untuk hidup seseorang.
Hidup kan, sukar untuk diramal.

Saya mungkin ada ujian tersendiri. Anda juga begitu. Kita sama-sama teruji. Dan persoalannya, bukan ujian dan dugaan siapa yang lebih besar, tetapi sejauh mana saya dan anda menerima dan mengendalikan kehidupan selepas menerima ujian tersebut.

Pernah tidak terasa diri sedang dimain-mainkan oleh-Nya dalam kehidupan seharian yang ditempuh.
Kadang-kadang sehingga rasa hendak hidup dalam gua dan tidak keluar-keluar dari gua tersebut?
Pernah? Maka saya minta anda beristighfar.Sob sama-sama ya...

Maha Suci ALLAH yang berlepas dari sifat zalim terhadap hamba-hamba Nya!
ALLAH Ta’ala tidak pernah memain-mainkan kehidupan manusia.
Tidak pernah dengan sengaja membuat manusia menempuhi pengalaman kehidupan yang sangat pahit melainkan ada sesuatu yang ALLAH Ta’ala hendak sampaikan melalui setiap ujian tersebut.
ALLAH tidak pernah menurunkan sesuatu ujian dan kenikmatan melainkan mahu manusia berfikir dengan waras.

Tapi, kenapa ada manusia punya perasaan seperti itu? Kecewa?
Tepuk dada, tanya diri sendiri. Jikalau tanya iman, pasti iman akan menjawab selari dengan ketentuan ALLAh. Tapi ujilah diri sendiri. Mengapa dan kenapa...???

Anda beriman dan rela bahawa ALLAH adalah Rabb anda?
Anda beriman bahawa deenul Islam adalah agama anda?
Anda beriman bahawa Muhammad adalah Rasul terakhir anda?

Maka, anda seharusnya lebih bersedia. Dan buktikan pada diri anda duhai sahabat..!!!

p/s> ingatlah.. segala ujian yg menimpa diri kita adlh trbiyahNYA buat diri kita...^^,

~amal_amany91~
(¯`v´¯) ♥~♥
`·.¸.· •*´¨`*•.♥•*´¨`*•.♥•*´¨`*•.♥•*´¨`*•.♥•*´¨`*•.♥

No comments:

Post a Comment