Thursday, August 21, 2014

Puding Jagungku...

Bismillahirrahmanirrahim....

Hee.. berpagi-pagian ye kita hari ni...
Allahumma solli a'la saidina muhammad.. (3x)

Rasulullah S.A.W bersabda;
"Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah BERKAT dan KEJAYAAN" (Hadith Riwayat Thabrani)

Hee.. dari minggu lepas sebenarnya teringin nak makan puding jagung nih.. *one of my favourite kuih* in advance apa yang ada jagung semuanyaaa ambe suka.. :)

Al-kisah puding jagung..


Ni ambe cerita sikit resepi puding jagung versi "sihat" ambe..
Hee al-maklumlah dah belajar dietetik ni kena la apply.. krik3

Bahan-bahannya... *cewaahh (ala-ala cef gitu)

1 cawan tepung kastard
1 tin jagung manis
1/2 cawan gula (x yah manis2 ye diabetes nanti)
3 cawan air
1 1/2 cawan susu rendah lemak UHT (alternatif lain selain susu cair yang ada kandungan lemak yg tinggi)

Cara-caranya:
1. Campurkan tepung kastard bersama air di atas api yang kecil. Kacau hingga sebati.
2. Add on gula dan jagung ke dalam campuran tadi. Kacau atas api hingga pekat dan bekilat. (lebih kurang 3 - 5 minit. 
3. Tuangkan ke dalam "loyang" dan sejukkan.
4. Sedia untuk dihidang...

Taraaa.... !!

Gambar sekadar hiasan
Nah!! bila cerita bab makan laju je ekau.. Ni ambe nak share sikit tentang khasiat jagung yang ambe ada terbaca..

Antara kebaikan jagung untuk kesihatan;

 1. mengawal diabetis
2. menghalang penyakit jantung
3. mengurangkan tekanan darah 
4. mengurangkan kecacatan otak dan tulang belakang semasa kelahiran (neural tube defects at birth). 

Jagung atau ‘corn’ atau ‘maize’ adalah bijirin yang sangat popular disesetengah negara seperti Amerika dan Afrika. Jagung bukan sahaja memyediakan kalori tenaga untuk metabolisma badan malah sangat kaya dengan vitamin A, B, E dan mineral. 

Kandungan fibernya (serat) (1 cawan = 4.4g serat) yang tinggi boleh menghalang dari penyakit  seperti sembelit, haemorrhoids dan kanser usus. (Sumber: Malaysian Food Composition 4th Edition , 1997)

 
Anti-oksidan yang terdapat dalam jagung akan bertindak sebagai agen anti-kanser dan mencegah Alzheimer.

Jagung sangat berkhasiat disebabkan oleh kehadiran nutrien-nutrien yang berkualiti didalamnya. Oleh kerana ia diperkaya dengan ‘phytochemicals’, ia melindungi manusia dari pelbagai penyakit kronik. Berikut adalah sebahagian dari fakta tentang kebaikan jagung;

  • Sumber Kalori: Jagung adalah salah satu sumber kalori dan menjadi makanan utama bagi sesetengah tempat. Kandungan kalori dalam jagung ialah 355 Kcal/ 100 g @ 1 cawan (222 g) = 789 Kcal ia merupakan antara satu sumber yang menyumbang kalori yang tertinggi dalam kelas bijirin.

  • Mencegah dari Haemorrhoids dan kanser usus: Secawan jagung boleh membekalkan sebanyak 22.0% keperluan fiber harian manusia (20 - 30 g sehari). Ini dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman seperti sembelit, haemorrhoids dan juga mengurangkan risiko kanser usus.

  • Sumber yang kaya vitamin
  1. Jagung kaya dengan Vitamin B iaitu Thiamin dan Niacin.Thiamin amat perlu untuk mengekalkan kesihatan saraf dan fungsi kognitif. Kekurangan Niachin boleh membawa kepada penyakit Pellagra: penyakit yang di kategori seperti cirit-beret, dementia (penyakit yg mengganggu otak dan ingatan seseorang terutama orang tua) dan dermatitis (penyakit kulit) yang sering menyerang individu yang kurang zat.  
  2. Jagung juga adalah sumber penting bagi asid Pantothenic dimana ia merupakan vitamin yg diperlukan untuk metabolisma karbohidrat, protein dan lemak dalam badan. 
  3. Kekurangan asid folik pada wanita mengandung boleh menyebabkan kelahiran bayi yang kurang berat dan boleh menyebabkan ‘neural tube defect at birth’. Jagung menyediakan sebahagian besar keperluan folik harian badan. 
  4. Jagung kuning kaya dengan beta-kerotena yang membentuk Vitamin A dalam badan juga sumber asas bagi mengekalkan penglihatan dan kulit yang sihat.
  5. Jagung juga sangat kaya dengan Vitamin E iaitu anti-oksidan semulajadi yang penting untuk tumbesaran.

  • Mengandungi Mineral penting: Jagung mengandungi banyak fosforus disamping magnesium, zink, iron dan copper. Juga mengandungi mineral surih seperti selenium. Fosforus penting untuk menggalakan tumbesaran, kesihatan tulang dan fungsi buah pinggang. Magnesium pula perlu untuk mengekalkan kesihatan jantung dan kekuatan tulang.

  • Anti-oksidan: Menurut kajian yang dibuat oleh Cornell University, jagung yang kaya anti-oksidan boleh melawan tumor dalam kanser payu dara dan kanser hati.

  • Cardio-Protective Attribute: dari kajian yang telah dibuat menunjukkan minyak jagung (corn oil) (sumber PUFA (polyunsaturated fat)) yang boleh menurunkan paras kolestrol dan mencegah dari risiko penyakit jantung jika diambil mengikut keperluan badan.

  • Mencegah Anemia: Vitamin B dan asid folik boleh mencegah anaemia akibat dari kekurangan zat.

  • Menurunkan Kolestrol LDL (lemak "jahat" dalam badan): Mengikut Journal of Nutritional Biochemistry, pengambilan minyak jagung dapat mengurangkan kolestrol LDL dalam darah dengan cara mengurangkan penyerapan kolestrol oleh badan.(fungsi PUFA).

  • Melindungi dari Diabetes dan Darah Tinggi: Pengambilan biji jagung dapat membantu merendahkan paras gula dalam darah dan sangat efektif melawan tekanan darah tinggi kerana kehadiran ‘phenolic phytochemicals’ didalam jagung.

  • Bahan asas kosmetik: Tepung jagung digunakan sebagai gantian kepada bahan ‘carcinogenic petroleum’ dalam industri kosmetik.

(Artikel sumbangan Seema Adnani.Rujukan: Cornell Univeristy and Journal of Nutritional Biochemistry)

Di adaptasi daripada Azzurah D'Corn dan di olah serba sedikit faktanya oleh saya berdasarkan pengetahuan serba sedikit dalam bidang pemakanan :)   

"Selamat beramal dan selamat mencuba resepi sihatku"

p/s; hobi baru main2 masak2 :)






Wednesday, August 20, 2014

Unknown..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Allahu Allah..
Setelah sekian lama berhabuk blog ambe ni...huhu
 Terlalu banyak peristiwa yang di simpan kemas dalam kotak minda ni untuk dicoretkan di laman sesawang ini..

Like a dream "Aku dah habeskan degree aku!!" 
Sekarang baru sedar...huwaa!! 


almost a year...I'm really struggling finishing my degree.. wohoo.. mimpi ngeri + hepiii..
and almost half of year ambe travel satu Malaysia...
merantau di Sabah, then sambung di Johor Bahru.. mengenali manusia pelbagai bangsa, rupa, karenah, budaya... banyak mengajarku erti HIDUP..
Benarlah.. Hidup kita perlu untuk "memberi"...

"We make a living by what we get, we make a life by what we give" :)


Now, dah start another chapter of my life..

"Life goes on.. whether you choose to move on and take a chance in the unknown,
or stay behind, locked in the past thinking of what could have been. "


Ya Allah ku yakin bahawa takdirMu lebih baik dari semua yang ku inginkan ,
berikan aku kekuatan untuk memahami ini sebagai anugerah dari-Mu.. :')


p/s: testing utk "skill menulis".. rasa macam dah banyak hilang...huhu