Monday, December 24, 2012

Al-Kisah Seorang Hamba..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

ALHAMDULILLAH masih dalam nikmat JagaanNYA.. :) 
Dah lama menyepi disebalik awan... 
mungkin setelah sekian lamanya DIA turunkn hujan..
dan hari ni DIA hadiahkn PELANGI INDAH buat sang hamba ini.. 

minggu ni dah start 'stdy week' ujian sungguh bila hujan turun x berhenti-henti skrg. di Kuala Terengganu..
Kampus Induk di Gong Badak banjir agak kritikal, tapi kami di Kampus Kota Alhamdulillah.. msih lg dlm kawalan... mak dah makin risau keadaan anaknya ni..
Itulah! Hati seorang ibu.. kaya dengan kasih sayang perihal anak yg sentiasa difikirannya.. :')
Ok! terasa nk menangis sebab rindu rumah & seisinya.. 

Setelah m'hupdate perihal semasa..kita kembali pada tajuk "entry" kali ni..
Nak cerita ttg watak "org yg hebat" ditarbiyah olehNYA..
nasihat dari hamba ALLAH ni la yang m'buatkn si peminjam hati ini "terkesan! terkesima! & terjaga dari mimpi"
& sekarang tgh belajar bertatih utk mengenali Tuhannya..

Alhamdulillah.. 
itulah yang dinamakan Rahsia ALLAH dalam mengatur aturan hidup hambaNYA..
Dia hadirkan seseorang utk bawa kita kembali kepada jalanNYA di saat kita dalam kelalaian dlm "permainan dunia" 

Sabda Rasulullah SAW

“ALLAH  SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada Hari Kiamat nanti.”
(HR Muslim)
ALLAHUAKHBAR! 
 Apa lagi yang ingin kita dustakan??
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah dapat kamu menghitungnya." (Surah Ibrahim:34). 
  
Tengok sahabat2.. tu baru 1 rahmat kasih sayang Dia pada kita yg didlmnya penuh dgn nikmat yg x terhitung oleh kita.. x nak bersyukur lagikah kita?? * terutamanya buat sang penulis ini -_-'

Berbalik pada Al-kisah hamba ALLAH tersebut..
Saya mengenalinya hnya sedetik dalam pertemuan satu diskusi untuk m'bincangkan msalah mahasiswa/i di kampus.
Pda ketika itu kami hnya bertaa'ruf mngetahui nama & portfolio masing2..
Melalui cara diskusi kami saya boleh nampak kematangan 'hamba' ini dalam b'hujah & menyampaikan pendapat..bait2 bicaranya penuh dgn dalil2 ALLAH.
bermonolog seketika : "hebat hati-hati yang ditarbiyah ini.. ALLAH!  hebat lagi "pemilik hati" tersebut. :)
Perkenalan kami berhenti disitu setelah kami pulang ke destinasi masing2..
Tanpa diduga, aturan dariNYA.. dia pertemukan kami di 'alam maya' 
saat itu hamba ini msih ketandusan ilmu2 agama & hati masih keras umpama batu! 
Setelah hampir setahun dgn kata2 nasihat & semangatnya umpama semangat Al-Fateh  yang dia curahkan buat saya.. 
Alhamdulillah Dia Yang Memegang Hati hambaNYA.. m'beri cahaya petunjuk buat insan ini pada Ramadhan Al-Kareem 1433H 
"Moga tarbiyyah Ramadhan memberi "output" taqwa kepada kita"
Waktu tu SubhanaALLAH Dia Yang Maha Tahu apa yang saya rsakan ketika itu..
ALLAH berfirman : “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” 
(Surah al-An’am, ayat 125)

Alhamdulillah... :')

Akhir kata, saya doakn moga ALLAH ikatkan hati2 hambaMu ni dalam rantaian ukhuwah yang terbina secara tidak langsung itu..
  
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

# siapakah sang hamba ALLAH ni?? Biarlah ia menjadi rahsia saya & Dia Yang Maha Tahu #
Moga keikhlasan di hatinya yg x jemu mendidik, di nilai olehNYA.. :)

"Pandanglah sesuatu dengan mata hati, InsyaALLAH kita pasti akan dapat melihat yang tersirat melalui yang tersurat.. Sesungguhnya keyakinan yang tinggi terhadap ALLAH, hanya terletak pada hati hamba yang dekat dengan-NYA.. ^^,

 

No comments:

Post a Comment