"Jika
ketenangan dan keredhaanNYA yang dicari, ALLAH akan terus uji hati kita hingga
suatu masa kita akan rasa indahnya tawakal kepadaNYA dan itulah nikmat dalam
jagaanNYA"
~Sabarlah wahai hati.. Sesungguhnya SABAR ITU NIKMAT YANG TERINDAH~ ^^,"
Allahurabb.. setelah sekian lama menyepi...jejari yg dikurniakan ILLAHI ini terasa ingin menulis lagi..
Alhamdulillah pada 6 Ramadhan 1433H ni ALLAH masih memberi nikmat sihat buat insan yg bergelar hamba ini.. ALHAMDULILLAH..
Zappppp!! Terasa tangan ini menampar muka sendiri...
Sakitnya ya ALLAH...
Terkesima dgn ayat ini..
"Sesungguhnya di tengah2 kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kemahuanmu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan.Tapi Allah menjadikan kamu CINTA kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu. seta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan-jalan yang lurus."
Malu..malu dgn DIA
di mana hati ini terlalu mengejar "dunia".. lupa pada AKHIRAT
di mana hati ini selalu berbisik nak "berubah".... tp hakikatnya hampeh! =_=!
x pernah nk BERUBAH..
kalau niat dlm hati x buat apa2 mcm mana nk berubah!!
ISLAM itu indah...
di mana IA mengajar kita.. utk cinta akan KEIMANAN & KETAQWAAN.. supaya ia indah dlm hati & jiwa..
di mana IA membentuk AKHLAK MULIA & KEPERIBADIAA..
YA ALLAH..ak malu..
Terkesima lagi dgn kata2 seorang sahabat yg berjaya membuat jantung ini berdetak laju..
Islam yang aku anuti bukan agama yang menyuruh untuk kita membandingkan betapa baik diri kita, dan betapa jahat orang lain.
Bukan untuk membangga betapa kuat iman kita, dan betapa lemah iman orang lain.
Betapa bagus akhlak kita, dan betapa hina akhlak orang lain.
Betapa hebat ilmu agama kita, dan betapa cetek ilmu agama orang lain.
Betapa superb jiwa rabbaniah kita, yang betapa nafsinya jiwa orang lain.
ALLAHUAKHBAR!! Manusia di sisi ALLAH x dinilai betapa BIJAK nya dia dlm akademik.. betapa CANTIK nya dia akan paras rupanya.. betapa KAYA nya dgn harta-hartanya.. betapa HEBAT nya dia berkata2 di khalayak umum.. betapa POPULAR nya dia dgn org sekelilingnya...
tetapi... ALLAH menilai betapa CEMERLANG nya amal ibadahnya... betapa CANTIK nya akhlak dia dgn ibu-bapanya, guru2nya, sahabat2nya, keluarganya dan org2 sekelilingnya.. betapa KAYA jiwanya yang penuh dgn ayat2 AL-QURAN & HADIS sbg pedamping hidupnya.. betapa HEBAT lidahnya berzikir memuji kebesaran ALLAH berselawat ke atas KEKASIH ALLAH.. betapa POPULAR nya dia dalam kalangan BIDADARI SYURGA..
SUBHANALLAH...
Bermula disaat ini pada ketika ini.. cuba berjanji dgn diri sendiri untuk mendidik jiwa yang dah lama gelap gelita ini..dgn barakah NUR RAMADHAN...bulan tarbiyah yang ALLAH hadiahkan buat hamba2NYA yang beriman..
Teringat lagi satu ayat yang pernah terbaca di laman muka buku..
Bulan RAMADHAN inilah bulan kita menilai siapa diri kita sebenarnya..
Sama2 kita renungkan.. sama2 kita muhasabah..sama2 kita berubah..
Moga tarbiyah RAMADHAN ini dpt mendidik jiwa kita sebagai HAMBANYA... Aminn..
p/s: terima kasih buat sahabat yg bernama NADIA NAJWA BT BAKRI..
Dengan Nama ALLAH yg MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG..
Di saat kesibukkan dunia melanda hidupku..
Sungguh aku takut aku tenggelam dalam kesibukkan itu dr mengingati-MU YA Rabb..
Aku mohon ya ALLAH.. jangan Kau ttup pintu hatiku dr mengingatiMU..
Terlalu banyak urusan dunia yg perlu dikejar..
Namun aku takut urusan yg LEBIH UTAMA itu aku tinggalkan..
iaitu urusan utk ku HIDUP DI AKHIRAT sana nnt..
Aku mohon di ttap kn hati.. di mana setiap urusan duniaku itu ada ALLAH di hatiku..
Semakin bertamabah umurku..
semakin berat amanah yg harus aku pikul..
Di mana tugas ak sbg seorang KHALIFAH di atas muka bumiMU YA ALLAH..
tugas ku sbg seorng ANAK kpd kedua IBU BAPAku..
tugasku sbg seorang KAKAK kpd ADIK2ku...
tugasku sbg seorg PELAJAR kpd GURU2ku..
tugasku sbg seorg SAHABAT kpd RAKAN2ku..
tugasku sbg seorg PEMIMPIN PELAJAR kpd SEMUA PELAJAR..
namun..yang paling utama
tugasku sbg SEORANG HAMBA kpd PENCIPTAKU..
Allahurabbi...
Beratnya amanah yang kau letak padaku..
Namun.. aku percaya.. setiap takdirMU utkku ada hikmah atas diriku..
Aku mohon Ya ALLAH..
Kau bimbinglah hati hambaMU yang lemah ini..
Kau limpahkan hidayahMU..
Kau curahkanlah Kasih-sayangMU..
ke atas ku dan saudara2 semuslimku yang lain..
Kau kuatkanlah kami..yg sedang berjuang di atas jalan redhaMu Ya ALLAH..
Seperti mana firmanMu..
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Cukuplah Allah سبحانه و تعالى menjadi Penolong kami dan Allah سبحانه و تعالى adalah sebaik-baik Pelindung." (QS. Ali Imran [3] : 173)
Aku Cinta ALLAH...
Sahabat2.. ni amal kongsi cket ayat2 Cinta dr ALLAH buat kita hambaNYA..
KENAPA AKU DIUJI?~
:::Firman Allah SWT: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.” (QS Al-Ankabut: 2~3)
:::~KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?~
Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)
:::~KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?~
Firman Allah SWT: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS Al-Baqarah: 286)
:::~AKU RASA KECEWA!~
Firman Allah SWT: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.” (QS Al-Imran: 139)
:::~BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?~
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan).” (QS Al-Imran: 200)
:::~Firman Allah SWT lagi: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk” (QS Al-Baqarah: 45)
:::~APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?~
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (QS At-Taubah: 111)
:::~KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?~
Firman Allah SWT: “…Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung.” (QS At-Taubah: 129)
:::~AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!~
Firman Allah SWT: “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS Yusuf: 12)
~SubhanaALLAH~
:::~Jadilah kita hambaNya yang senantiasa tunduk dan patuh pada syariatNya.. Bukan manusia yang angkuh dan takbur di bumi Allah ini..Nauzubillah~ ~Moga-moga kita terus berada di dalam redhaNya..
Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..
... Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..
Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..
Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi
Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…
Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu kekeringan..