Wednesday, October 17, 2012

Self Reflection

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

~ Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapkan, INGATLAH dan SENYUMLAH..manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cintaNya..~





#sedangbertatihmengenaldirisendiri#

Tuesday, October 16, 2012

Istikharah Cara Rasulullah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Salam a'alaik.. di sini amal nak kongsi sikit dengan sahabat2 yg bertanya mcm mna nk buat solat istikharah..
Moga dapat membantu sahabat2.. :)

#IlmuitupinjamandariNYA#

Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat.. 

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
  

 Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
   
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. 
 (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162)

 TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah

   Sahabat2 Ingat..

 Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.
Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut.

FirmanNya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

 Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.
 
 Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.




Moga ALLAH permudahkan segala urusan... :)


Allah menguji, tsabat atau tidak atas sesuatu keputusan.
sabar atas sabar. keimanan atas keimanan. :)
bahagia. bila melepaskan segala-galanya...untuk Dia.


cp: Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus     
 Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain 



Monday, October 15, 2012

Sabar


Bismillahirrahmanirrahim..

"Jika ketenangan dan keredhaanNYA yang dicari, ALLAH akan terus uji hati kita hingga suatu masa kita akan rasa indahnya tawakal kepadaNYA dan itulah nikmat dalam jagaanNYA"
~Sabarlah wahai hati.. Sesungguhnya SABAR ITU NIKMAT YANG TERINDAH~ ^^,"


Moga Dia Redha!

Thursday, July 26, 2012

Malu Dgn DIA..

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahurabb.. setelah sekian lama menyepi...jejari yg dikurniakan ILLAHI ini terasa ingin menulis lagi..
Alhamdulillah pada 6 Ramadhan 1433H ni ALLAH masih memberi nikmat sihat buat insan yg bergelar hamba ini.. ALHAMDULILLAH..

Zappppp!! Terasa tangan ini menampar muka sendiri...
Sakitnya ya ALLAH...

Terkesima dgn ayat ini..



"Sesungguhnya di tengah2 kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kemahuanmu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan.Tapi Allah menjadikan  kamu CINTA kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu. seta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan-jalan yang lurus."



Malu..malu dgn DIA
di mana hati ini terlalu mengejar "dunia".. lupa pada AKHIRAT
di mana hati ini selalu berbisik nak "berubah".... tp hakikatnya hampeh! =_=!
x pernah nk BERUBAH..
kalau niat dlm hati x buat apa2 mcm mana nk berubah!!

ISLAM itu indah...
di mana IA mengajar kita.. utk cinta akan KEIMANAN & KETAQWAAN.. supaya ia indah dlm hati & jiwa..
di mana IA membentuk AKHLAK MULIA & KEPERIBADIAA..

YA ALLAH..ak malu..
Terkesima lagi dgn kata2 seorang sahabat yg berjaya membuat jantung ini berdetak laju..


Islam yang aku anuti bukan agama yang menyuruh untuk kita membandingkan betapa baik diri kita, dan betapa jahat orang lain.
Bukan untuk membangga betapa kuat iman kita, dan betapa lemah iman orang lain.
Betapa bagus akhlak kita, dan betapa hina akhlak orang lain.
Betapa hebat ilmu agama kita, dan betapa cetek ilmu agama orang lain.
Betapa superb jiwa rabbaniah kita, yang betapa nafsinya jiwa orang lain.



ALLAHUAKHBAR!!
Manusia di sisi ALLAH x dinilai betapa BIJAK nya dia dlm akademik..
betapa CANTIK nya dia akan paras rupanya..
betapa KAYA nya dgn harta-hartanya..
betapa HEBAT nya dia berkata2 di khalayak umum..
betapa POPULAR nya dia dgn org sekelilingnya...


tetapi...
ALLAH menilai betapa CEMERLANG nya amal ibadahnya...
betapa CANTIK nya akhlak dia dgn ibu-bapanya, guru2nya, sahabat2nya, keluarganya dan org2 sekelilingnya..
betapa KAYA jiwanya yang penuh dgn ayat2 AL-QURAN & HADIS sbg pedamping hidupnya..
betapa HEBAT lidahnya berzikir memuji kebesaran ALLAH berselawat ke atas KEKASIH ALLAH..
betapa POPULAR nya dia dalam kalangan BIDADARI SYURGA..

SUBHANALLAH...

Bermula disaat ini pada ketika ini.. cuba berjanji dgn diri sendiri untuk mendidik jiwa yang dah lama gelap gelita ini..dgn barakah NUR RAMADHAN...bulan tarbiyah yang ALLAH hadiahkan buat hamba2NYA yang beriman..

Teringat lagi satu ayat yang pernah terbaca di laman muka buku..

Bulan RAMADHAN inilah bulan kita menilai siapa diri kita sebenarnya..

Sama2 kita renungkan.. sama2 kita muhasabah..sama2 kita berubah..
Moga tarbiyah RAMADHAN ini dpt mendidik jiwa kita sebagai HAMBANYA... Aminn..


p/s: terima kasih buat sahabat yg bernama NADIA NAJWA BT BAKRI..

Saturday, December 17, 2011

...:: KeKasiHku::..

Dengan Nama ALLAH Yang MAHA Pemurah Lagi MAHA Penyayang..

SubhanaALLAH sungguh aku rindu mereka..
Aku rindu belaian kasih sayang mereka..
Aku rindu gelak tawa mereka..
Aku rindu leteran mereka..
Aku rindu melihat senyuman mereka..
Aku rindu mereka...


I dedicate dis song for both of u...


Mak & Ayah...

Semoga hidup kamu berdua..diberkati & diredhai ALLAH..
InsyaALLAH hubungan anda berdua kekal hingga ke syurgaNYA..


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Also dis song..

Sayang anda berdua...

~Anakndamu yg jauh di perantauan~


Saturday, November 12, 2011

Aku Cinta ALLAH..(Al-Khaliq)

Dengan Nama ALLAH yg MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG..

Di saat kesibukkan dunia melanda hidupku..
Sungguh aku takut aku tenggelam dalam kesibukkan itu dr mengingati-MU YA Rabb..

Aku mohon ya ALLAH.. jangan Kau ttup pintu hatiku dr mengingatiMU..
Terlalu banyak urusan dunia yg perlu dikejar..
Namun aku takut urusan yg LEBIH UTAMA itu aku tinggalkan..
iaitu urusan utk ku HIDUP DI AKHIRAT sana nnt..
Aku mohon di ttap kn hati.. di mana setiap urusan duniaku itu ada ALLAH di hatiku..

Semakin bertamabah umurku..
semakin berat amanah yg harus aku pikul..
Di mana tugas ak sbg seorang KHALIFAH di atas muka bumiMU YA ALLAH..
tugas ku sbg seorng ANAK kpd kedua IBU BAPAku..
tugasku sbg seorang KAKAK kpd ADIK2ku...
tugasku sbg seorg PELAJAR kpd GURU2ku..
tugasku sbg seorg SAHABAT kpd RAKAN2ku..
tugasku sbg seorg PEMIMPIN PELAJAR kpd SEMUA PELAJAR..
namun..yang paling utama 
tugasku sbg SEORANG HAMBA kpd PENCIPTAKU..
Allahurabbi...
Beratnya amanah yang kau letak padaku..
Namun.. aku percaya.. setiap takdirMU utkku ada hikmah atas diriku..
Aku mohon Ya ALLAH..
Kau bimbinglah hati hambaMU yang lemah ini..
Kau limpahkan hidayahMU..
Kau curahkanlah Kasih-sayangMU..
ke atas ku dan saudara2 semuslimku yang lain..

Kau kuatkanlah kami..yg sedang berjuang di atas jalan redhaMu Ya ALLAH..

Seperti mana firmanMu..
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Cukuplah Allah سبحانه و تعالى menjadi Penolong kami dan Allah سبحانه و تعالى adalah sebaik-baik Pelindung." (QS. Ali Imran [3] : 173)

Aku Cinta ALLAH...



Sahabat2.. ni amal kongsi cket ayat2 Cinta dr ALLAH buat kita hambaNYA..

KENAPA AKU DIUJI?~
:::Firman Allah SWT: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.” (QS Al-Ankabut: 2~3)


:::~KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA YANG AKU INGINKAN?~
Firman Allah SWT: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al-Baqarah: 216)


:::~KENAPA SANGAT BERAT UJIAN INI?~
Firman Allah SWT: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS Al-Baqarah: 286)


:::~AKU RASA KECEWA!~
Firman Allah SWT: “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman.” (QS Al-Imran: 139)


:::~BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?~
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan).” (QS Al-Imran: 200)


:::~Firman Allah SWT lagi: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepadaorang-orang yang khusyuk” (QS Al-Baqarah: 45)

:::~APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?~
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (QS At-Taubah: 111)


:::~KEPADA SIAPA AKU MENYANDARKAN HARAPAN?~
Firman Allah SWT: “…Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung.” (QS At-Taubah: 129)


:::~AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI!!!!!~
Firman Allah SWT: “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (QS Yusuf: 12)

~SubhanaALLAH~


:::~Jadilah kita hambaNya yang senantiasa tunduk dan patuh pada syariatNya.. Bukan manusia yang angkuh dan takbur di bumi Allah ini..Nauzubillah~ ~Moga-moga kita terus berada di dalam redhaNya..
~Amin ya rabbal alamin…~

Friday, September 30, 2011

..::PesAnaN EmaK::..

Assalammualaikum w.b.t..
Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi.. masih diberi nikmat lapang utk menulis di blog yg dh b'swang ni..


Emak berpesan....



Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,

Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..

... Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..
Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..

Ingat pesan emak, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi

Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…

Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu kekeringan..






*Renung2kn & Selamat B'amal*


~LoL amal amany~