Wednesday, October 17, 2012

Self Reflection

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

~ Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapkan, INGATLAH dan SENYUMLAH..manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cintaNya..~





#sedangbertatihmengenaldirisendiri#

Tuesday, October 16, 2012

Istikharah Cara Rasulullah S.A.W

Bismillahirrahmanirrahim..
(Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Salam a'alaik.. di sini amal nak kongsi sikit dengan sahabat2 yg bertanya mcm mna nk buat solat istikharah..
Moga dapat membantu sahabat2.. :)

#IlmuitupinjamandariNYA#

Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat.. 

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
  

 Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
   
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. 
 (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162)

 TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Rakaat Pertama

1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah

   Sahabat2 Ingat..

 Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.
Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut.

FirmanNya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

 Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.
 
 Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.




Moga ALLAH permudahkan segala urusan... :)


Allah menguji, tsabat atau tidak atas sesuatu keputusan.
sabar atas sabar. keimanan atas keimanan. :)
bahagia. bila melepaskan segala-galanya...untuk Dia.


cp: Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus     
 Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain 



Monday, October 15, 2012

Sabar


Bismillahirrahmanirrahim..

"Jika ketenangan dan keredhaanNYA yang dicari, ALLAH akan terus uji hati kita hingga suatu masa kita akan rasa indahnya tawakal kepadaNYA dan itulah nikmat dalam jagaanNYA"
~Sabarlah wahai hati.. Sesungguhnya SABAR ITU NIKMAT YANG TERINDAH~ ^^,"


Moga Dia Redha!

Thursday, July 26, 2012

Malu Dgn DIA..

Bismillahirrahmanirrahim...

Allahurabb.. setelah sekian lama menyepi...jejari yg dikurniakan ILLAHI ini terasa ingin menulis lagi..
Alhamdulillah pada 6 Ramadhan 1433H ni ALLAH masih memberi nikmat sihat buat insan yg bergelar hamba ini.. ALHAMDULILLAH..

Zappppp!! Terasa tangan ini menampar muka sendiri...
Sakitnya ya ALLAH...

Terkesima dgn ayat ini..



"Sesungguhnya di tengah2 kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kemahuanmu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan.Tapi Allah menjadikan  kamu CINTA kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu. seta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan-jalan yang lurus."



Malu..malu dgn DIA
di mana hati ini terlalu mengejar "dunia".. lupa pada AKHIRAT
di mana hati ini selalu berbisik nak "berubah".... tp hakikatnya hampeh! =_=!
x pernah nk BERUBAH..
kalau niat dlm hati x buat apa2 mcm mana nk berubah!!

ISLAM itu indah...
di mana IA mengajar kita.. utk cinta akan KEIMANAN & KETAQWAAN.. supaya ia indah dlm hati & jiwa..
di mana IA membentuk AKHLAK MULIA & KEPERIBADIAA..

YA ALLAH..ak malu..
Terkesima lagi dgn kata2 seorang sahabat yg berjaya membuat jantung ini berdetak laju..


Islam yang aku anuti bukan agama yang menyuruh untuk kita membandingkan betapa baik diri kita, dan betapa jahat orang lain.
Bukan untuk membangga betapa kuat iman kita, dan betapa lemah iman orang lain.
Betapa bagus akhlak kita, dan betapa hina akhlak orang lain.
Betapa hebat ilmu agama kita, dan betapa cetek ilmu agama orang lain.
Betapa superb jiwa rabbaniah kita, yang betapa nafsinya jiwa orang lain.



ALLAHUAKHBAR!!
Manusia di sisi ALLAH x dinilai betapa BIJAK nya dia dlm akademik..
betapa CANTIK nya dia akan paras rupanya..
betapa KAYA nya dgn harta-hartanya..
betapa HEBAT nya dia berkata2 di khalayak umum..
betapa POPULAR nya dia dgn org sekelilingnya...


tetapi...
ALLAH menilai betapa CEMERLANG nya amal ibadahnya...
betapa CANTIK nya akhlak dia dgn ibu-bapanya, guru2nya, sahabat2nya, keluarganya dan org2 sekelilingnya..
betapa KAYA jiwanya yang penuh dgn ayat2 AL-QURAN & HADIS sbg pedamping hidupnya..
betapa HEBAT lidahnya berzikir memuji kebesaran ALLAH berselawat ke atas KEKASIH ALLAH..
betapa POPULAR nya dia dalam kalangan BIDADARI SYURGA..

SUBHANALLAH...

Bermula disaat ini pada ketika ini.. cuba berjanji dgn diri sendiri untuk mendidik jiwa yang dah lama gelap gelita ini..dgn barakah NUR RAMADHAN...bulan tarbiyah yang ALLAH hadiahkan buat hamba2NYA yang beriman..

Teringat lagi satu ayat yang pernah terbaca di laman muka buku..

Bulan RAMADHAN inilah bulan kita menilai siapa diri kita sebenarnya..

Sama2 kita renungkan.. sama2 kita muhasabah..sama2 kita berubah..
Moga tarbiyah RAMADHAN ini dpt mendidik jiwa kita sebagai HAMBANYA... Aminn..


p/s: terima kasih buat sahabat yg bernama NADIA NAJWA BT BAKRI..

Saturday, December 17, 2011

...:: KeKasiHku::..

Dengan Nama ALLAH Yang MAHA Pemurah Lagi MAHA Penyayang..

SubhanaALLAH sungguh aku rindu mereka..
Aku rindu belaian kasih sayang mereka..
Aku rindu gelak tawa mereka..
Aku rindu leteran mereka..
Aku rindu melihat senyuman mereka..
Aku rindu mereka...


I dedicate dis song for both of u...


Mak & Ayah...

Semoga hidup kamu berdua..diberkati & diredhai ALLAH..
InsyaALLAH hubungan anda berdua kekal hingga ke syurgaNYA..


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Also dis song..

Sayang anda berdua...

~Anakndamu yg jauh di perantauan~