Monday, March 11, 2013

Jalan Ini

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ALHAMDULILLAH.. ^^
"Katakanlah:" Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan dari bumi? " Katakanlah: "Allah". "(Saba`: 23)

Allahurabbi..
Benarlah nak ada jiwa 'pejuang' ni bukan senang..
Memang kena kuat..
Futur dijalanNYA memang perkara biasa..
tapi TERUS FUTUR bukan sifat PEJUANG!

Ingatlah..wahai cik hati!
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
(surah Al-Ankabut : 2 )

*gedebuk! terhantuk lagi -_-'

 

Nak menangis.. :'( sungguh!
terasa diri belum kuat untuk berada di "Jalan Ini"

"Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu"

(HR Imam Ahmad, Imam Tirmidzi dan lainnya)

Betul!! sangat2 betul.. nak dapat sesuatu yang INDAH! yang CANTIK! kena usaha sungguh2..
Analoginya mcm ni.. Batu "PERMATA" kita perlu ada "PRESSURE" yang kuat baru la dya cantikk
Tengok! setiap ciptaanNYA ada hikmah yang tersembunyi... ada pengajaran yang DIA beri buat hambaNYA..
Indahnya DIA..

Allah..
Sungguh! Jalan ke syurga itu BUKAN Mudah sebab redha ALLAH itu mahal.. wahai cik hati..

Allah itu MAHA PENYAYANG ..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (surah Al-Baqarah : 286) 

tsiqah lah dgn dirimu!

teringat kata-kata sahabat Baginda s.a.w


- Saad bin Abi Waqqas -
"Aku adalah anak-anak panah Islam.
Campakkanlah aku ke mana sahaja, aku tetap berjuang demi Islam!"


***

Ini.

Salah seorang daripada 10 Sahabat yang dijanjikan Syurga baginya.

Beliau thiqah (percaya) pada dirinya sendiri.

Beliau berdakwah di mana sahaja, dan dengan segala yang dianugerahkan olehNya kepadanya.

Ini.

Ciri-ciri Penghuni Syurga.

Engkau-engkau ada?

Aku-aku ada?

Mereka-mereka ada?
Allah campak ke dalam kelas paling pandai,
untuk kau berdakwah.

Allah campak ke dalam kelas paling corot,
jua untuk kau berdakwah.

Allah campak ke luar negara,
untuk kau berdakwah.

Allah campak ke dalam negara,
jua untuk kau berdakwah.

Usah berfikir,
kenapa Allah campak aku sini,
kenapa Allah tak campak aku sana.
Pengajaran buat diri...
 Hidup ni singkat.
Hidup ni sementara.

Kita takde masa tuk merungut sepanjang masa,
kita takde masa tuk menggedik 24/7.

Jadilah anak panah.
Yang tajam menusuk ke tengah tubuh Ummah.
Yang teguh berada dalam tubuh Ummah.

Biarpun engkau mati,
biarpun engkau pada suatu hari nanti,
dicabutNya daripada tubuh Ummah,

pastikan engkau tinggalkan parut padanya,
parut yang dalam,
parut yang kekal,
untuk kau jadikan hujah kelak.

Ya Allah, aku adalah anak panah Islam.
Dan aku telah berdakwah.
ALLAH..  Saya nak jadi "kuat" macam sahabat! :')

 Rabbi yassir wala tu'asir, rabbi tammim bil khair. Amin
"Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan" 
 “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu.”

(HR. Muslim) 
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepada-Mu).”

(QS. Al-A’raaf: 126)
 Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya

(Al Imran : 8)
Allahumma..amin..
Buat sahabat2 saya..doakan saya untuk terus tsabat dgn "Jalan Ini"... 

Kesedaran adalah matahari
Kesabaran adalah bumi
Keberanian menjadi cakerawala
Dan perjuangan
Adalah pelaksanaan kata-kata
- Rendra

Pena ku..

Saturday, February 2, 2013

Nasihat - Menasihati

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah.. "sakit" juga merupakan nikmat yg Allah berikan mungkin atas kafarah dosa kita utk kita muhasabah diri kita.. T_T 
Allah.. :)
Daripada Tamim al-Dari r.a. Nabi s.a.w. bersabda " Agama adalah 'nasihat'." Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab:" Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum muslimin umumnya" (Riwayat Muslim)
Saya suka untuk sama-sama berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai "nasihat" ni... :)
Kita ni sbg manusia selalunya "jarang2" nampak kesalahan kita sendiri.. "selalu2 sgt" nampak kesalahan org..kn?? 
betul.. saya sendiri pun pernah merasainyaa..
 

Sbb tu lah kita  kena pandang hidup kita seperti sebuah "PUZZLE". Sekeping puzzle selalu memiliki sisi LEBIH dan sisi KURANG...

Kekurangan kita... kita sediakan utk MENAMPUNG KELEBIHAN org lain. Sementara kelebihan kita, kita gunakan utk MENUTUPI KEKURANGAN org lain, hingga akhirnya kita dpt membentuk sebuah GAMBAR yg INDAH diatas sebuah puzzle ... :)

Kn.. sbb tu bila org nasihat & beri pandangan kpda kita, kita perlu menerima.. kita cuba koreksi diri kita.. x usahlah melenting! x do paedoh nya haa klu melenting nih.. bahkan kita ucap "Terima Kasih" pada org yg menasihati kita ni.. :) 

Ya lah kadang2 bila kita ditegur secara terbuka..terasa seperti di aibkan dihadapan semua org..
sbb tu la ISLAM ajar kita cara yg "BAIK" utk menasihati saudara kita :)
“Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” 
nasihat lah sahabat kita dengan suara yg lembut, InsyaALLAH lantunan suara yg lembut boleh melembutkan hatinya yg keras utk menerima nasihat kita.. Fitrah manusia, mana ada yg suka org berkasar dgn dia kn??
Jadi x perlulah tinggikan suara ya dalam menasihati ni.. InsyaALLAH niat kita yg ikhlas nak menegur dy kerana sayang kan dya akan meresap dalam jiwa dya apa nasihat kita.. :))  
Jika terasa nak marah, cuba kita istighfar dan diam.. beri diri kita masa cuba susun atur bicara utk kita sampaikan dgn cara yg baik buat sahabat2 kita.. InsyaALLAH hilang amarah tu.. ^^
 
Bab memberi "pandangan" ni pula.. kita dengar sahaja pandangan sahabat kita.. biar la ia x relevan ke x masuk akal ke.. kita hormati dya dalam memberi pandangan.. setiap org kan punya pandangan yang berbeza.. Jgn terus2 meng'hentam" @ jgn "buat muka" dgn sahabat kita yg memberi pandangan nih.. kesian dya...

Ulama' 2 pun ada khilaf kan.. apatah lagi kita ni yg "ilmu" ni ibarat sebutir pasir di pantai.. Allah..
Kalau pandangan dy kurg bernas.. kita cuba cambahkan dengan padangan yang lain menjadikan ia lebih bernas tu kan lg elok  wink3x..
http://4.bp.blogspot.com/_JfRiyfadpnw/TEMCCNkSh2I/AAAAAAAAAK8/Nx0NZYMMiik/s1600/mogu75.gif

Teringat pada ucapan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ketika menyampaikan ucapan dasarnya berkata: “Apabila aku melakukan sesuatu yang betul maka bantulah aku, dan apabila aku menyeleweng maka perbetulkan daku.”

Allah..ego lagi kah kita dalam menerima nasihat?? 
Khalifah Ar-Rasyidin pun meminta nasihat.. kita ni yg Allah lemahnya iman, ego lg nk menerima teguran?
Astaghfirullah hal a'dzim..

Ingatlah wahai diri terutamanya dan sahabat2.

"Setiap kau baiki satu aibmu, maka akan tampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai ALLAH adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri. "
-Imam Hasan Al Bashri-


Allah... T_T

http://4.bp.blogspot.com/_JfRiyfadpnw/TEL-b8YIt0I/AAAAAAAAAIc/V_yum0UF180/s1600/fc1.gif



# Nota kaki: apa yang dikongsi sekadar buat renungan diri sendiri terutamanya yg kadang2 lupa utk melihat & mengenal diri.. disamping ingin berkongsi bersama sahabat2 sbg renungan..



p/s = Buat sahabat2 saya, andai ada kesalahan yang saya lakukan anda dialu2kan utk menegur saya.. Saya juga manusia yg sentiasa berbuat khilaf (salah) dan terlupa.. "Sesungguhnya sahabat yg baik ialah sahabat yg memberi teguran kepada sahabatnya ketika ia membuat kesalahan.." :))

"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

-Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq- 

Tuesday, January 1, 2013

Senyum :)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

~ Selawat jom! ~

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi wa barik wa salim.. 3x

Senyum 1 .. :)


Senyum Duaaaa ^___^

 



Senyum tigaaaa ^__________^


 senyum itu sedekah... senyum itu sunnah  :)

jom senyum! :)

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

 Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

____________________________________________________________________________
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Menelusuri kisah Junjungan Mulia Nabi SAW. 
Adakah senyuman plastik yang dilemparkan oleh baginda??. Sudah tentu tidak!!.
 Kerana mana mungkin senyuman buatan itu mampu mencairkan ramai penduduk Makkah dan Madinah. 

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan. 

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”


hee.. Senyummmm 


#tatkala otak tengah saturated nak digest notes MNT, blog jadi mangsa... senyum lagi! :)#

pena !LhaM haT! meletakkan noktah  .