Monday, October 22, 2012

Hidup Ini Sebuah Perjuangan..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Allaahu Allah..

Allah menguji, tsabat atau tidak atas sesuatu keputusan.
sabar atas sabar. keimanan atas keimanan. :)
bahagia. bila melepaskan segala-galanya...untuk Dia.


Baru tersedar satu dari sejuta hikmah Allah jadikan syurga..
~supaya kita boleh bersama orang-orang yang tersayang.
walaupun di dunia, kita tak sempat. kita tak lama bersama yang tersayang.
walaupun mahalnya syurga pasti tak terbayar, kita akan berjuang jugak, sebab kita nak hidup selamanya dengan orang-orang yang kita sayang.
selamat berjuang!

Sungguh! jalan ke syurga tak pernah mudah,
kerana reda Allah itu mahal.
saya nak pandang Dia, supaya Dia pandang saya.
  moga cita-cita kita cita-cita yang bungakan cinta syurga ya sahabat2
moga Dia reda kita semua.. T_T

Sunnah Orang Berjuang...

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
 Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

by: Hijjaz



No comments:

Post a Comment