Sunday, October 21, 2012

Hujan Membasahi Bumi...

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia (juga) menurunkan (butiran2) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan2 awan seperti) gunung2, maka ditimpakanNya (butiran2 es) itu kepada siapa yang dikehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang dikehendaki. Kilauan kilatnya hampir2 menghilangkan penglihatan" (24:43)

Alhamdulillah.. 2, 3 hari ni  hujan membasahi bumi Terengganu.. barangkali musim tengkujuh sudah tiba *dugaku* 




"(Ingatlah), ketika Allah membuat kamu mengantuk untuk memberi ketenteramandari-Nya, dan Allah menurunkan air (hujan) dari langit kepadamu untuk menyucikanmu dengan (hujan) itu dan menghilangkan gangguan2 syaitan dari dirimu dan untuk menguatkan hatimu serta memperteguh telapak kakimu (teguh pendirian)"

(8:11)
 
Itulah hujan, yang Allah SWT turunkan untuk menghidupkan tanah yang mati. Sebagaimana dapat dilihat pada kawasan yang kering kontang dan jarang sekali dijumpai air seperti di gurun, tatkala hujan turun, datanglah keberkatan dengan mekarnya kembali berbagai tanaman, tumbuhan kembali hidup setelah sebelumnya kering tanpa daun. Sungguh ini adalah suatu kenikmatan yang amat besar.
 
Allahu Allah.. penciptaanNYA penuh hikmah untuk dijadikan 'ibarah buat kita hambaNYA..
 
Ibnu Qudamah dalam Al Mughni, 4/342 mengatakan, “Dianjurkan untuk berdoa ketika turunnya hujan.”
 
Nabi Muhammad S.A.W bersabda,: “Carilah doa yang mustajab pada tiga keadaan: [1] Bertemunya dua pasukan, [2] Menjelang solat dilaksanakan, dan [3] Sewaktu hujan turun.” (Dikeluarkan oleh Imam Syafie dalam Al Umm dan Al Baihaqi dalam Al Ma ‘rifah dari Makhul secara mursal. Disahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat hadis no. 1026 pada Shohihul Jami’)
 
Begitu juga terdapat hadits dari Sahl bin Saad, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:  “Dua orang yang tidak ditolak doanya adalah: [1] ketika azan dan [2] ketika rapatnya barisan pada waktu perang.” Dalam riwayat lain disebutkan, “Dan ketika hujan turun.” (HR. Abu Daud dan Ad Darimi, namun ad Darimi tidak menyebut, “Dan ketika hujan turun.” Dikatakan sahih oleh Syaikh Al Albani. Misykatul Mashobih)
 
Allah turunkan hujan buat kita mensyukuri nikmatNYA, jesteru sahabat2 kita dianjurkan untuk berdoa ketika hujan..
 
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
 
"Ya Allah, cucurilah kami dengan hujan manfaat"
 
(HR. Bukhari, Ahmad, dan An Nasai).
 
Tatkala turunnya hujan lebat berdoalah, sepertimana Nabi s.a.w suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian apabila hujan turun begitu lebatnya, Nabi s.a.w berdoa,
 
  اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, tasik lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).
 
 
 
 
Ingat sahabat2 & diri sendiri jangan mencela hujan... T_T
 
Sungguh sangat sayang sekali, setiap orang sudah mengetahui bahawa hujan merupakan kenikmatan dari Allah SWT. Namun, ketika hujan dirasa mengganggu aktiviti, timbullah kata-kata celaan dari seorang muslim seperti ‘Aduh!! hujan lagi, hujan lagi '.
.
Sungguh, kata-kata seperti ini tidak ada manfaatnya sama sekali dan tentu saja akan masuk dalam catatan amal yang buruk kerana Allah berfirman:

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

 “Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir.” (QS. Qaaf [50]: 18)
 
Allahu Allah..
 
Bahkan kata-kata seperti ini boleh termasuk kesyirikan sebagaimana seseorang mencela makhluk yang tidak dapat berbuat apa-apa seperti masa (waktu). Hal ini dapat dilihat pada sabda Nabi s.a.w, “Allah Ta’ala berfirman, ‘Manusia menyakiti Aku; dia mencaci maki masa (waktu), padahal Aku adalah pemilik dan pengatur masa, Aku-lah yang menetapkan malam dan siang menjadi silih berganti.’ (HR. Bukhari dan Muslim). .
.
Rasulullah s.a.w juga bersabda, “Janganlah kamu mencaci maki angin.” (HR. Tirmidzi, beliau mengatakan hasan shohih)
.
Dari dalil di atas terlihat bahawa mencaci maki masa (waktu), angin dan makhluk lain yang tidak dapat berbuat apa-apa, termasuk juga hujan adalah dilarang. Larangan ini boleh termasuk syirik akbar (syirik yang mengeluarkan seseorang dari Islam) jika diyakini makhluk tersebut sebagai pelaku dari sesuatu yang buruk yang terjadi. Meyakini demikian bererti meyakini bahawa makhluk tersebut yang menjadikan baik dan buruk dan ini sama sahaja dengan menyatakan ada pencipta selain Allah SWT. Namun, jika diyakini yang mentakdirkan adalah Allah SWT sedangkan makhluk-makhluk tersebut bukan pelaku dan hanya sebagai sebab saja, maka seperti ini hukumnya haram, tidak sampai tahap syirik. Dan apabila yang dimaksudkan cuma sekadar pemberitaan, seperti mengatakan, “Hari ini hujan lebat, sehingga kita tidak boleh berangkat ke masjid untuk solat”, tanpa ada tujuan mencela sama sekali maka seperti ini tidaklah mengapa. (Mutiara Faedah Kitab Tauhid, 227-231)


Semoga Allah SWT menjaga dan melindungi kita dari sikap banyak mengeluh dan mencela. Mudah-mudahan kita sentiasa banyak bersyukur kepada-Nya atas kurniaan nikmat hujan ini dan memberi keinsafan serta kesempatan menggali ilmu yang bermanfaat darinya.

Moga sedikit perkongsian ilmu ini membawa kita sama2 untuk mengambil 'ibarah dr penciptaanNya ini.. 


 
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
 


No comments:

Post a Comment