Saturday, February 2, 2013

Nasihat - Menasihati

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah.. "sakit" juga merupakan nikmat yg Allah berikan mungkin atas kafarah dosa kita utk kita muhasabah diri kita.. T_T 
Allah.. :)
Daripada Tamim al-Dari r.a. Nabi s.a.w. bersabda " Agama adalah 'nasihat'." Kami bertanya: "Terhadap siapa?" Baginda menjawab:" Terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin dan kaum muslimin umumnya" (Riwayat Muslim)
Saya suka untuk sama-sama berkongsi dgn sahabat-sahabat mengenai "nasihat" ni... :)
Kita ni sbg manusia selalunya "jarang2" nampak kesalahan kita sendiri.. "selalu2 sgt" nampak kesalahan org..kn?? 
betul.. saya sendiri pun pernah merasainyaa..
 

Sbb tu lah kita  kena pandang hidup kita seperti sebuah "PUZZLE". Sekeping puzzle selalu memiliki sisi LEBIH dan sisi KURANG...

Kekurangan kita... kita sediakan utk MENAMPUNG KELEBIHAN org lain. Sementara kelebihan kita, kita gunakan utk MENUTUPI KEKURANGAN org lain, hingga akhirnya kita dpt membentuk sebuah GAMBAR yg INDAH diatas sebuah puzzle ... :)

Kn.. sbb tu bila org nasihat & beri pandangan kpda kita, kita perlu menerima.. kita cuba koreksi diri kita.. x usahlah melenting! x do paedoh nya haa klu melenting nih.. bahkan kita ucap "Terima Kasih" pada org yg menasihati kita ni.. :) 

Ya lah kadang2 bila kita ditegur secara terbuka..terasa seperti di aibkan dihadapan semua org..
sbb tu la ISLAM ajar kita cara yg "BAIK" utk menasihati saudara kita :)
“Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” 
nasihat lah sahabat kita dengan suara yg lembut, InsyaALLAH lantunan suara yg lembut boleh melembutkan hatinya yg keras utk menerima nasihat kita.. Fitrah manusia, mana ada yg suka org berkasar dgn dia kn??
Jadi x perlulah tinggikan suara ya dalam menasihati ni.. InsyaALLAH niat kita yg ikhlas nak menegur dy kerana sayang kan dya akan meresap dalam jiwa dya apa nasihat kita.. :))  
Jika terasa nak marah, cuba kita istighfar dan diam.. beri diri kita masa cuba susun atur bicara utk kita sampaikan dgn cara yg baik buat sahabat2 kita.. InsyaALLAH hilang amarah tu.. ^^
 
Bab memberi "pandangan" ni pula.. kita dengar sahaja pandangan sahabat kita.. biar la ia x relevan ke x masuk akal ke.. kita hormati dya dalam memberi pandangan.. setiap org kan punya pandangan yang berbeza.. Jgn terus2 meng'hentam" @ jgn "buat muka" dgn sahabat kita yg memberi pandangan nih.. kesian dya...

Ulama' 2 pun ada khilaf kan.. apatah lagi kita ni yg "ilmu" ni ibarat sebutir pasir di pantai.. Allah..
Kalau pandangan dy kurg bernas.. kita cuba cambahkan dengan padangan yang lain menjadikan ia lebih bernas tu kan lg elok  wink3x..
http://4.bp.blogspot.com/_JfRiyfadpnw/TEMCCNkSh2I/AAAAAAAAAK8/Nx0NZYMMiik/s1600/mogu75.gif

Teringat pada ucapan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq ketika menyampaikan ucapan dasarnya berkata: “Apabila aku melakukan sesuatu yang betul maka bantulah aku, dan apabila aku menyeleweng maka perbetulkan daku.”

Allah..ego lagi kah kita dalam menerima nasihat?? 
Khalifah Ar-Rasyidin pun meminta nasihat.. kita ni yg Allah lemahnya iman, ego lg nk menerima teguran?
Astaghfirullah hal a'dzim..

Ingatlah wahai diri terutamanya dan sahabat2.

"Setiap kau baiki satu aibmu, maka akan tampak aib lain yang harus kau perbaiki. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya, hamba yang paling dicintai ALLAH adalah dia yang sibuk memperbaiki dirinya sendiri. "
-Imam Hasan Al Bashri-


Allah... T_T

http://4.bp.blogspot.com/_JfRiyfadpnw/TEL-b8YIt0I/AAAAAAAAAIc/V_yum0UF180/s1600/fc1.gif



# Nota kaki: apa yang dikongsi sekadar buat renungan diri sendiri terutamanya yg kadang2 lupa utk melihat & mengenal diri.. disamping ingin berkongsi bersama sahabat2 sbg renungan..



p/s = Buat sahabat2 saya, andai ada kesalahan yang saya lakukan anda dialu2kan utk menegur saya.. Saya juga manusia yg sentiasa berbuat khilaf (salah) dan terlupa.. "Sesungguhnya sahabat yg baik ialah sahabat yg memberi teguran kepada sahabatnya ketika ia membuat kesalahan.." :))

"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

-Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq- 

Tuesday, January 1, 2013

Senyum :)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

~ Selawat jom! ~

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi wa sohbihi wa barik wa salim.. 3x

Senyum 1 .. :)


Senyum Duaaaa ^___^

 



Senyum tigaaaa ^__________^


 senyum itu sedekah... senyum itu sunnah  :)

jom senyum! :)

Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan

 Hati yang gundah terasa tenang
Bila melihat senyum diri kan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

____________________________________________________________________________
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Menelusuri kisah Junjungan Mulia Nabi SAW. 
Adakah senyuman plastik yang dilemparkan oleh baginda??. Sudah tentu tidak!!.
 Kerana mana mungkin senyuman buatan itu mampu mencairkan ramai penduduk Makkah dan Madinah. 

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu “menyihir” hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan. 

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.

Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.”


hee.. Senyummmm 


#tatkala otak tengah saturated nak digest notes MNT, blog jadi mangsa... senyum lagi! :)#

pena !LhaM haT! meletakkan noktah  .

Monday, December 31, 2012

Jatuh Hati..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah.. masih merasai nikmat dr NYA..

Ok! saya jatuh hati dgn hati-hati yang ditarbiyah ILLAHI ^^


"Aku mencintaimu kerana agamamu, jika hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu." 
-Imam An-Nawawi-

*hebat! hati2 yang ditarbiyah NYA*
#menelusuri al-kisah sahabat2 baginda & pemilik2 jiwa yg besar dlm perjuangan agama ALLAH#

Senyum.. :)

“Kadang-kadang dalam meniti jalan perjuangan ini,kita akan tersungkur dan berasa lemah,lalu kita perlukan satu suasana yang akan mengingatkan kita semula bagaimana kita boleh terlibat dengan perjuangan ini,agar menjadi penaik semangat serta pengembali kefahaman kepada kita.Carilah suasana itu,kita takkan jumpa kalau tidak berusaha mencarinya.FUTUR adalah perkara biasa buat pejuang tetapi TERUS FUTUR bukan sifat pejuang.Berdoa dan terus berdoa...berjalan tanpa henti...”

FirmanNya; 

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. 
(Ali Imran: 104)

 

Thursday, December 27, 2012

Dietitian To Be...

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah... 
Rabbi yassir wala tua'sir rabbi tammim bil-khair..

Allah permudahkan segala-galanya buat kami.

Hari ni selesai presentation utk Nutrition Educational tools..
d mna kami di assign kn buat 1 blog how to educate community about blood pressure a.k.a tekanan darah or lebih saintifik nya lagi tentang penyakit hypertension..


(ni lah link blog kitorang yg d dvelop selama 2 bulan) ^_^

masih bnyk kekurangan lg tu.. tp yg penting apa yg dikongsi dari kami sedikit sebanyak dapat membantu msyrakat mcm mna nk kawal penyakit darah tinggi ni..

Al-maklumlah negara kita ni org ckp "Syurga Makanan"
Kadar penyakit yg akibat "terlebih mkn" ni pun bnyk jugak lah kn.. :))


Okay now, we move on to our main entry ^^ *hehe.. ter'excited coz bru habiskn segala assignmnt untuk sem 5 nih*

Tahu x apa tu dietitian or pegawai dietetik??

 
Mesti sahabat2 "jarang2" or "x pernah" dengar langsung psal dietitian nih kn..
Meh ni cek nak habaq sikit mcm mna dietitian nih..
*mula2 cek ni pun x thu jugak course dietetics yg cek sdg belajaq ni apa*
Mula2 dlu after habis matrx dh dapat result.. time nk isi UPU tengah berbelah bahagi nk pilih career apa...Pharmacist, Pharmacist & Pharmacist..hoho time tu yg tu ja aim nk amek..coz dlu minat subjek kimia.. hee :)
 

Disebabkan borg UPU tu bnyak sngt tempat kosong, I pun fill in the blank lah dgn course dietetics nih ^^,
tp, b4 isi ni pun dh buat research dlu dh course ni berkenaan dgn ap.. 1 point ja knapa saya pilih course ni :)
sebab course ni ada relate dgn community.. I love helping and involving the community.. nak jadi doktot cek takut darah! plus x boleh tengok org sakit teruk2 "mudah jatuh simpati" =_=! takut nnt2 x ter rawat patient tu coz doktot yg jatuh pengsan.. hii 

Tup2 result keluar yeah! pilihan ke-7 "Ijazah Sarjana Muda Dietetik Dgn Kepujian UniSZA"
Okeyh! Time tu seriously mmg rsa nak nangis!! sbbnya x dapat amek Pharmacist.. sob3x.. lg satu tercampak kt Nun jauh di Bumi Pantai Timur Terengganu.. huhu.. 
tp, sedih tu hanya seketika sbbnya ALLAH ilhamkan satu ayat "penguat diri"

".......Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu sedang ia lebih baik bagimu, Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui.........." (Al-Baqarah:216)

Itulah, DIA yang saya Cintai!! Sentiasa memujuk saya di saat saya berduka :))

Hikmahnya saya temui skrg! 
Di mana one of the subject yg para dietitian ni kena ambil adalah Pharmacology iaitu subject b'kenaan dgn ubat. SubhanaALLAH, MasyaALLAH.. amatlah susah bg saya utk mengingat nama2 saintifik ubat tersebut.. agak berjuang mati-matian jugak dlm exam Pharmaco ni.. sampai tahap starvation! 

*Time tu terdetik dlm hati ni.. ni la hikmah yg Dia aturkan untuk saya :)

Jadi sahabat2, 
 
Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang diharapkan, INGATLAH dan SENYUMLAH..manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah merancang dengan cintaNya..

"Sungguh, jika kita mencari.. kita pasti terjumpa BANYAK HIKMAH kenapa DIA aturkan hidup kita macam ni :')

*Teringat pula ttg Ilmu Tauhid Sifat 20, Sifat Iradat.. pnjg nk kongsi ilmu dgn sahabat2 nih :)) tp saya tangguhkan dlu untuk entry akan datang ea.. InsyaALLAH

Okeyh2 kita berbalik kisah asal kita.. Cik Dietitian / Pegawai Dietetik ni sebenarnyaa ditugaskan untuk memberi nasihat pemakanan kepada pesakit2 di hospital khususnya, umumnya kepada semua masyarakat.. berbeza taw Dietetik dgn Nutritionist.. Pakar Nutrisi x boleh bagi nasihat pemakanan kepada pesakit, but, they give more consultation @ education to community... macam tu lah secara rough nya.. 
Pegawai Dietetik ni akan ajar kita menggunakan cara yang sihat untuk b'diet..
 

Jadi, buat adik2 yang ni isi borg UPU jgn la ter'agak2 nk pilih course ni yah.. you will enjoy it when you know that.. percayalah cakap akak ^^,
Soal ruang pekerjaan? Jgan risau.. bnyak cabang dietetik ni boleh pegi, klinikal, komuniti, katering, pendidikan, business pon boleh.. wink 3x.
This course will be one of critical course jgk nnt mcm medic, pharmacist dentistry and etc. 
nak tahu kenapa?? sbbnya sekarang ni ramai sangat rakyat Malaysia yang mengalami penyakit yang disebabkan "terlebih mkn" antaranya KEGEMUKKAN @ OBESITI, DARAH TINGGI, KENCING MANIS, SAKIT BUAH PINGGANG & SAKIT JANTUNG..
mostly, all of these diseases disebabkan cara pemakanan kita.. 

Ce adik2 or sahabat2 tengok link2 di bawah ni;

pesanan buat adik2 & sahabat2.. soal gaji ni x payah la nak kesah sangat org cakap... Yang penting sifat IKHLAS tu yang perlu kita didik dalam segala perkara yg kita buat :)
Rugi woo kalau buat sesuatu tanpa ada keikhlasan dalam diri.. nak kerja nnt pun rasa x seronok klu buat sesuatu just untuk dapatkan sesuatu bukan keredhaanNYA.. 

Rezeki setiap orang ALLAH dah tetapkan.. Rezeki DIA kan MAHA LUAS ^^,

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا 
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
 Allahu Allah.. tengok sayang x Dia dengan kita?? Tu pun kita susah nak ikhlaskan? 
*tertampar muka diri sendri*

"Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah itu adalah berhala, dan kamu membuat dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu tidak mampu memberikan rezeki kepadamu; maka mintalah rezeki itu di sisi Allah, dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Hanya kepada-Nyalah kamu akan dikembalikan. " (Al-'Ankabuut: 17)

Yang penting perbanyakkan doa kepada Dia,
 “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.” -Doa Nabi Musa-

Selamat Bermujahadah sahabat2
 

#Apa Yang Baik Dari ALLAH, Apa Yang Kurang Juga DariNYA, tetapi saya nisbahkan Yang Kurang itu keatas diri saya#

Waallah hu a'lam..